Tuesday, January 4, 2011

Ingat sihat sebelum sakit

DEMAM!!! huhuhuh...peritnye rasa demam ni...(hmmm baru demam). Time sakit ni la baru teringat alangkah nikmatnya time sihat dulu. Kenelah kita ni bersyukur. Kekayaan bukanlah segala-galanya. Ada duit pun kalau tak sihat tak guna jugak. Kesihatan adalah penting. Beringatlah sebelum sakit. Hargai kesihatan anda.


Senang cerita, kene jaga makan tu apa yang boleh diamalkan secara mudah ialah kurang minum ais, makan sayuran dan buah-buahan dan juga cukupkan rehat. (tido) Apabila sakit ni baru terasa nikmatnya kesihatan badan. Nabi pun ada pesan supaya ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, Ingat sihat sebelum sakit.

Allah taala yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya di atas muka bumi ini. Akan tetapi kurniaan aneka nikmat tersebut tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun sesuai dengan mafhum firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 34 bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Antara kurniaan nikmat yang tiada ternilai harganya ialah NIKMAT KESIHATAN. Dengan kesihatan ini, manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan aman sentosa. Dengan kesihatan juga, manusia dapat melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan baik. Begitu juga dengan kesihatan yang menghiasi seseorang, dia dapat melakukan ibadah kepada Allah taala dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya kehidupan Muslim .

Akan tetapi, ada manusia yang alpa dan leka dek kesihatan yang menyerikan hidupnya hinggakan dia tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian dari detik kehidupan yang dia lalui. Dalam hal ini, Rasulullah ada memberi peringatan tentang kesihatan ini di mana baginda bersabda yang bermaksud: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)

JAGALAH KESIHATAN ANDA!!! tap kalau dah nak kene demam macam saya ni nak buat camana, redha dan ini adalah ujian Allah dan mungkin salah satu kifarah untuk menghapuskan dosa2 yang lalu....

0 comments:

Post a Comment