Sunday, October 11, 2009

Gambar aqil di IJN

Perkembangan Aqil

Aqil dah dipindahkan ke wad biasa jam 3.30 ptg tadi. Keadaan kesihatan aqil ok.cuma ada sedikit demam biasa. Masalah batuk dan kahak menjadi masalah utama sekarang ni yg buatkan aqil kurang cergas.
Pada masa sekarang aqil dah boleh berjalan dan berlari tapi masih lemah. Luka aqil masih perlu dijaga takut terbuka. Luka dan kesan operation tidak dijahit tapi digam sahaja..semoga aqil cepat sembuh..

Friday, October 9, 2009

Perkembangan aqil

Aqil telah keluar ke wad biasa dari wad m.i.c.u jam 12.30 tghri. Keadan aqil masih lemah da hanya terbaring sahaja..amtibiotik dah stop dan masih tak boleh makan. Hanya boleh minum susu..

Perkembangan Aqil

Harini dah seminggu berada di IJN. Rasa lambat betul masa berdetik. Aqil yg sebelum ni dalam wad p.i.c.u dah keluar ptg semalam dari sana dan kini mendapat rawatan di M.I.C.U pulak. (medical i.c.u.)
Ptg semalam waktu melawat aqil kelihatan masih lemah. Tetapi keadaan kesihatan dan perkembangn jantung dan paru2 baik sekali. Cuma masalah aqil sekarang terdapat byk kahak di bahagian kerongkong dan perlu disedut jika terlalu byk. Antibiotik juga diberi.

Susu dah boleh minum tapi menggunakan tiub dari hidung. Dileher kanan dipasangkan jarum utk laluan antibiotik yg mahu dimasukkan ke dalam badan.

Menurut jururawat yg menjaga aqil sekarang, semasa di p.i.c.u aqil susah utk dikawal kerana aqil agresif. Dan suara tangisannya yg paling kuat dalam wad p.i.c.u tu..

Petang semalam setelah seharian berjaga baru dia tidur selepas tgok ayah dan umminya dtg
Melawat..kami meninggalkan aqil semalam di bilik m.i.c.u tepat jam 6ptg,setelah aqil tido..

Thursday, October 8, 2009

Perkembangan Aqil

setakat jam 7 pagi ini tiada apa2 cerita berita yg diterima. Pihak i.j.n di wad p.i.c.u pun taka col. Diorg bgtau semalam kalau ada apa2 diorg akan col. Kalau takda col tu maknanya evrything ok.. Syukur.
dari maklumat kawan yg ada disini, dia semalam ada masuk ke bilik p.i.c..u dlm jam 9 mlm dan nampak aqil dah tak pakai tiub gas..itu sudah bagus..
ok..perkembangan terbaru akan dimaklumkan kemudian..

Wednesday, October 7, 2009

Aqil selamat operation

Aqil masukk ke dewan bedah jam 3.30 ptg tadi. Pembedahan habis jam 5.15 ptg. Selesai pembedahan saya masuk ke wad paedatric i.c.u dan melihat keadaan M.Aqil yg masih tak sedarkan diri.
Kata Dr. Yg bertanggungjawab Aqil stabil dan jam 9 mlm nanti baru dijangka ble minum susu. Doakan Aqil cepat sembuh..

Tuesday, October 6, 2009

From IJN with love...

salam kepada semua.rasannya masih belum terlewat utk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan beragama Islam.Kejap je rasanya masa berlalu dah lepas hari raya tahun 2009 ni. Maaf pasal dah lama tak update blog Demi Masa ni..
Untuk makluman sekarang ni saya berada di IJN KL utk hadiri temujanji dan rawatan anak saya. 29 Sept. Lepas saya dapat panggilan dari IJN utk bawa anak saya hadiri pembedahan. Admit utk wad pada 2/10 dan hari ini operationnya.
Utk info estimate masa utk pembedahan 2 jam. Aqil akan ditebuk lubang di bahagian belakang.. Diharap semuannya berjalan lancar dan takda apa2 serius yg berlaku.




Masa tak izinkan nak update blog la.maap ler..inipun guna hp je