Monday, June 29, 2009

Operasi Pengemis Di Manjung, Perak

Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung dengan kerjasama pihak Polis, Majlis Perbandaran Manjung telah menjalankan satu operasi bagi menangani masalah pengemis dan peminta sedekah di pasar malam di Manjung berhampiran Giant. Operasi bermula dengan taklimat oleh Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung pada jam 6.00 petang dan kemudian lawatan pertama mula dibuat ke tapak pasar malam. Semasa lawatan pertama dibuat tiada pengemis dan peminta sedekah kelihatan. Lawatan kedua dibuat pada jam 6.30 ptg tetapi pengemis masih juga tidak dijumpai. Akhir sekali kesemua yang terlibat membuat rondaan terakhir pada jam 8.00 mlm tetapi tiada hasil positif yang kami terima. Seperti apa yang dilakukan telah diketahui dan dapat dihidu oleh pihak tertentu. Kebiasaannya terdapat lebih dari 5 orang pengemis dan peminta sedekah menempatkan diri mereka di sekitar tapak pasar malam tersebut tetapi amat malang sekali ketika operasi dibuat tiada seorang pun yang kelihatan seolah2 tapak pasar malam tersebut bebas dari mereka-mereka yang mengambil kesempatan menagih simpati masyarakat setempat dan juga orang ramai yang mengunjungi pasar malam tersebut. Seperti ada "tonto" yang dapat mengetahui operasi kami. Misi gagal..

Sunday, June 28, 2009

Michael Jackson@ Mikhaeel Jackson funeral!!


Terima kasih info dari Idhamlim.blogspot.com yang memberi maklumat mengenai status agama Michael Jackson. Menurut Idham dalam blognya, abang si Michael ni atau nama Islamnya Mikhaeel Jackson (Mikail = malaikat memberi rezeki) akan mengkebumikan Michael secara Islam. Kesahihannya masih tidak seratus peratus..hmm..jadi tanda tanya kan kepada kita semua. Menarik dan sensetif jugak isu ini. Tetapi kebenaran dan kesahihannya masih tidak diketahui. "we will see" said one of my fren...Berita mengenai kematian Michael menggemparkan dunia sehinggakan di Philipines, sebuah penjara disana memberi kebenaran kepada semua banduan-banduan untuk memperingati hari kematian Michael, siap buat persembahan tarian seperti dalam video klip Thriller. Selepas ini akan ramai pula peminat-peminat Michael Jackson akan pergi pula ke pusaranya untuk memberi penghormatan. Berkaitan isu ini, saya terpikir, berkenaan isu menziarah kubur. Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarah ke pusara arwah bapa saya di Taiping pada hari raya yang lepas. Sebenarnya, menziarah kubur ni bagus. Dia mengingatkan kita kepada mati dan seketika kita lupa akan nikmat dan cita-cita kita di dunia ini. Hajat saya, jika ada rezeki saya akan membawa anak saya menziarahi ke pusara ayahda. (teringat masa zaman sekolah dulu ada sajak famous yang bertajuk "ke pusara bonda") Bawa anak ziarah kubur ibubapa kita ni untuk didik diorang supaya nanti bila kita dah meninggal dunia, diorang pula yang ziarah kubur kita. Betul tak?

p/s pic tu super impose jer

Saturday, June 27, 2009

King Of Pop...


....."Michael Jackson meninggal dunia jam 4 pagi tadi waktu Malaysia"..rakan memberitahu saya...bagaikan mimpi saja..macam tak percaya. Iyalah, dia tu antara artis idola saya dari kecil! Saya tak tahu bagaimana boleh "terminat" kat dia tu. Tetapi tak dapat dinafikan dia memang King!!! He will becomes a legend! Lagenda pop sepanjang zaman. Michael Jackson is the greatest pop icon in music history. He sold more than 750 million albums world wide and his album "Thriller" is the best selling album in all music history. He is the artist who gave more money to charities and to his own "Heal The Kids Foundation" and his solo tours the highest fan attendance reaching more than 15 millions fans all together. Michael Jackson was, is and will always be the most famous and greatest performer, artist and songwriter of all time.
.....75% budak-budak remaja sekarang boleh dikatakan tidak suka kepada Michael Jackson, tetapi jika anda salah seorang yang tergolong dalam kumpulan yang 25% tu, mesti anda akan terasa kehilangannya, termasuklah saya. Last sekali yang saya dengar cerita pasal Michael Jackson ni ialah pasal dia nak buat konsert, tapi mendukacitakan apa yang nak plan tu tak jadi. Kesian fans-fans dia kat luar sana tu (terutama sekali kat US lah) yang tak dapat tonton performance last dari Michael Jackson. Tak sangka kan, umur 50 tahun dah mati. So kepada kita semua termasuklah saya, ingat mati takde warning..!!! (tertanya kat diri sendiri..dah prepare ke?)
Rasulullah s.a.w meninggal dunia pada ketika umur baginda berusia 63 tahun. Ingat tu..umur umat Nabi Muhammad dalam average tu je. So yang mana yang umur panjang tu kira subsidilah yang Allah bagi. Mungkin yang mana yang panjang umur tu Allah nak suruh orang tu perbanyakkan ibadat, bertaubat dan memanfaatkan diri untuk orang lain. Semasa memandu seorang diri tadi saya terpikir, sedangkan Michael Jackson mati pun perasaan ni rasa kehilangan, bagaimana pula perasaan sahabat-sahabat Rasulullah ketika mengetahui berita kewafatan baginda. Tak dapat digambarkan bagaimana sedihnya para sahabat Baginda ketika itu kan? Berbalik kepada cerita Michael Jackson tadi, saya lebih suka imej dia masa dia kulit hitam (mcm zambry obama), daripada imej dia yang kulit sekarang ni (dah meninggal pun..). yang menjadi persoalan juga dalam fikiran saya ni mengenai gosip dan berita sensasi sebelum ini yang mengatakan si Michael ni memeluk Agama Islam. Betulke? takda berita rasmi mengenai cerita ni. Kalau ada sesiapa kat luar sana yang tahu berita rasmi mengenai agama Michael Jackson ni beritahulah kat sini.

Tuesday, June 23, 2009

GOOD QUOTES ON LIFE

Use your health, even to the point of wearing it out. That is what it is for. Spend all you have before you die; do not outlive yourself.View life as a continuous learning experience. Virtue is never left to stand alone. He who has it will have neighbors.