Tuesday, January 25, 2011

Bahaya kemewahan

Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan.

Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan.


Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Sekadar renungan dan ingatan untuk diri saya sendiri dan juga berkongsi pendapat dan ilmu yang ada...Umur dah meningkat, beberapa bulan lagi nak bertambah umur, kadang-kadang terfikir apa yang telah diusahakan oleh diri ini sebagai bekalan di sana nanti....

Membaca Al-Quran..itu antara perkara yang terbaik( pada pandangan saya) yang boleh kita lakukan untuk dijadikan bekalan. Tak perlukan modal, tak perlukan tenaga. Hanya perlukan tumpuan dan kesungguhan untuk membariskan huruf-huruf lalu melengkapkan ayat-ayat suci yang telah tertulis didalamnya...


Bersyukur dengan apa yang ada, tak perlu mengeluh ataupun keluh kesah. Seandainya kita memikirkan kita ini seorang yang susah ataupun tidak bernasib baik, ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Seandainya kita berkata, kita tidak mampu untuk mengisi minyak kereta, kerana tidak mempunyai cukup wang, tapi masih ada lagi orang yang tak mampu untuk membeli susu untuk anak kecilnya sehinggakan meminta-minta kepada orang lain.


Tak perlu menyesal, tak perlu mengeluh. Rukun Iman telah tertulis, berimanlah kepada Qada dan Qadar. Lakukan yang terbaik, beramal selagi mampu dan berkesempatan. Walaupun tidak dengan harta, tapi cukuplah dengan kata-kata. Senyum!!! sudah dikira sebagai sedekah, tak perlu kita susah-susah....

Mi Udang Mak Teh

Mi Udang Mak Teh...kalau tanya kat orang2 yang tinggal di Taiping kebanyakannya tahu mana lokasi mi udang ni. Apa special sangat mi udang ni?? entah..sedap??? hmmmm...ble la..aku bagi 85/100 markah. Maybe pasal aku ni tak exited sangat nak makan udang besar2 yang menjadi ramuan utama mi tu..satu mungkin kat tempat aku senang dapat udang besar fresh2, dua, pasal aku alah tak boleh makan udang!! (rugi...rugi....tapi makan juga!!!)

Mi Udang Mak Teh ni pernah mendapat liputan dalam Majalah 3 sebelum ini. Dengar cerita memang glamour tahap gaban la kedai mi udang ni kat Taiping. Sebenarnya bukan letak kat Taiping. Tak boleh cakap letak kat Taiping. Lebih tepat terletak di Kuala Sepetang atau juga dikenalai sebagai Portweld...kepada sesiapa yang kat luar tu yang masih ingat sejarah, landasan keretapi pertama di Malaysia adalah bermula dari Taiping ke Portweld!!!





Siap ada banner tau!!! kat tepi jalan sebelum sampai ke kedai pun diorang letak banner ni!!


Dengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah datang makan kat kedai ni, customer dia punya la ramai..memang kena tunggu lama. Mujur time aku n family datang tu tak ramai orang. Ada la 3 table. Tunggu pun dalam 15 minit je then makanan pun sampai. Nah...ini dia Mi Udang Mak Teh.....







Harga untuk semangkuk ni = RM10

Bil Udang = 7 ekor besar2!!

Jenis Udang = Udang Laut (kalau udang kolam Rm7 semangkuk...)

Kalau kornag tanye ape rasa mi ni...hmmm....camane ek nak cerita...rasa kuah macam kuah mi bandung pastu ada rasa manis2 udang. Pedas sikit....sedap kategori A jugak le...kepada mereka2 yang belum pernah try..silakan..silakan ke Perak....

Monday, January 24, 2011

Main Switch Bangunan Larut Matang Meletup!!

Tak tau mau taruk tajuk ape untuk post ni. Harap-harap sesuai la tajuk ni. Ni nak cerita masa balik taiping weekend aritu. Masa tu kuar dengan family jalan2 and shoping2. Lepas penat berjalan lapar la pulak. So berenti la makan kat bawah medan selera kat bawah bangunan..ape ek sekarang ni nama die...dulu dikenali sebagai larut matang.



Aku suka makan kat sini sebab ada "Mi Combat"!!. Sedap!! Kepada mereka-mereka yang tak tau apa tu Mi Combat, kalau datang ke pekan taiping singgah kat foodcourt ni dan cari kedai ada tulih Mi Combat!!! (apesal nama dia tcamtu tak tau le...nanti kena tanya owner dia...) tapi make sure tukang masak die owner Mi combat tu sendiri, Jabar kut nama die. kalau anak dia yang masak kurnag sikit keenakannya.... mak aku makan nasik, wife order sate....kat meja makan ni...buleh pulak time dok syok2 minum basahkan tekak lepas penat berjalan, meletup main swith kat bangunan tu!! Apalagi...semua orang menumpukan perhatian pada main switch tu la...



Ni ha main switch die kalau korang nak tau

Lepas meletup ble plak ada satu dua wayar kat main switch tu terbakar!!! adoi....mak aku ble lepak makan lagi!!! lapar sangat la tu...tapi apa boleh buat...aku suruh wife, adik aku and mak aku blah...kuar dari bangunan tu..bahaye tuuu!!! dah le bangunan tu lama, wiring dah tentu lama punya...

Keadaan mula-mula tenang la. ramai yang tak ambik port sangat pasal wayar terbajar. Tapi aku dah ada pengalaman pasal wire terbakar ni. Kalau yang ada elektrik tu memang bahaye punya..pasal tu aku cepat2 suruh family aku blah dari bangunan tu, lepak luar dan jadi pemerhati je...Then tiba2 main switch tu meletup!!! haa...baru satu food court tu orang dok gabra!!! ada yang bertempiaran lari...!!! Nak tergelak pun ada!!.... Ada dialog yang aku dengar time ni..."talipon polis woi.." (ade ke polis..?) "panggil bomba!!!" kekekeke...nak tergelak time tu tengok gelagat orang panik....hihihihi...Tapi mujur ada sorang hero yang berani memadamkan api pada wayar di main switch tu dengan kain basah...so keadaan tekawal...lepas tu aku n family terus blah...tkde selera mau makan. bayar2 semua..tak sempat pun makan mi combat kat situ..bungkus je la...


Pic ambik dari jauh je...langkah keselamatan....



Ni ha pic antara org2 yang makan kat bawah tu turut join aku lari....(baju oren tu adik aku..hahaha...terinterframe plak)


Apa-apapun apa yang aku nak highlight kat sini, kalau korang makan kat tempat makan ni hati2 la sikit ek...tengok2 sama kat main switch tu..diorang dah tukar baru ke tak. Kalau dah tukar bagus la...kalau belum...jaga2...sendiri mau ingat la....

Thursday, January 20, 2011

Apabila bersendiri.....


Tolong ingatkan aku kisah kita dimana apabila mata terpejam hanya dirimu yang aku terbayang..Saat mata terbuka kamulah yang pertama. Maafkanlah aku seandainya aku tak bisa hidup dan terus tanpa kamu disisi. Bagaimana diriku nanti bila dapati tiada kau disisi??. Yang aku tahu aku hanya ada kamu saja.....

Hari siang akan tiba bercahaya dan bermula semua yang baru untuk kita semua. Biarkanlah segala tirai kisah semalam berlabuh. Teruskanlah hari-harimu dengan impian dan harapanmu. Biarkan diri ini menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu dan membawa kebahagiaan dalam dirimu...

Aku tak ingin kau bersedih, hanya satu pintaku untukmu dan hidupku agar semua mimpi kita dapat menjadi kenyataan. Walaupun kini aku mengenang akan kepastian, aku harap jangan kau padamkan segala harapan yang pernah dicoret bersama....

Tuesday, January 18, 2011

Selawat Dan Salam...

Nak cerita sikit pasal dodoikan anak...nowdays susah jugak nak dengar orang dodoikan anak dengan lagu2 lama. Rasa rugi dalam diri ni ada bila tak belajar benda2 camtu daripada arwah ayah saya dulu. Semasa arwah ayah ada dan adik saya masih kecil banyak lagu2 rakyat dan lagu2 nasihat yang didodoikan untuk tidurkan adik saya. Tapi itu la, sebabkan time tu saya pun masih bersekolah dan tak tahu hargai seni lagu2 yang ada tu hinggala sekarnag ni dah ada anak baru terasa sangat2 rugi kerana tak belajar semua tu....

Sekarang ni banyak parents (actually i la...) yang dodoikan anak guna muzik2 daripada hp!! Orang lain tak tau la... ye la, senang kerja. Bukak je lagu2 kegemaran macam nasyid ke, zikir2 ke then letak je dekat dengan anak..pastu tepuk anak sampai la anak tu tetido...huhuhu...zaman dah berubah....tapi mujur ada ada jugak satu dua lagu yang masih boleh diguna pakai untuk dodoikan anak yang saya masih lagi ingat sampai ke hari ini....

Ni ha lagu yang boleh di kongsi bersama....sebenarnya ni lagu kompang tau. Masa dulu2 kat kampung saya main kompang...since kecik lagi tu....dari umur 6 tahun kut. Coz all my family memang terlibat dengan kompang and rebana ni dari dulu2...So lagu ni jodolnya SELAWAT DAN SALAM. Kalau nak nyanyi lagu ini ikut rentak macam lagu Selamat Pengantin BAru nyanyian M. Daud Kilau...ekekeke... this is lyrics die...

(corus) - SELAWAT DAN SALAM UNTUK JUNJUNGAN
NABI MUHAMMAD RASUL PILIHAN
MEMIMPIN UMAT DIDALAM KEGELAPAN
MENUNJUK JALAN KE ARAH KEBENARAN
MUHAMMAD RASUL PILIHAN (3X)

( rangkap 1) BAPA ABDULLAH....BONDA AMINAH
LAHIRNYA PULA DI TAHUN GAJAH
DI KOTA MEKAH MEMBAWA PERINTAH
NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH
MUHAMMAD RASUL PILIHAN (3X)
( ulang rangkap corus)

(rangkap 2) ISLAM YANG SUCI DARI ILAHI
DIBAWA NABI UNTUK DIIKUTI
DI GUA HIRA' SEORANG DIRI
JIBRAIL DATANG MEMBAWA WAHYU
MUHAMMAD RASUL PILIHAN (3X)
(ulang rangkap corus)

(rangkap 3) ENAM PULUH TIGA USIA BAGINDA
WAFAT DI MADINAH MAKAMNYA INDAH
DUA PESANAN BAGINDA TINGGALKAN
QURAN DAN HADIS MENJADI PANDUAN
MUHAMMAD RASUL PILIHAN (3X)
(ulang rangkap corus)

Buat masa ini itu jelah yang sempat dikongsi bersama...kepad mereka2 yang nak belajar camana nak menyanyi lagu ini boleh hubungin saya. Tiada yuran dan bayaran dikenakan......hihihi


Monday, January 17, 2011

Robert De Niro terima anugerah Cecil B. DeMille di Golden Globes

Tertengok pula saya di Astro Golden Globe Award 2010 di chanel astro 711. Bukan tengok sangat pun tengok sekali imbas je. Dan tertarik untuk menulis di sini kebetulan semasa menonton rancangan tersebut ada disiarkan pemenang anugerah "Cecil B. DeMille" yang diberikan kepada pelakon Robert De Niro. Pelakon kegemaran saya tuuuu!!!






Ok sebelum cerita dengan lebih lanjut meh nak cerita sikit apa tu anugerah Cecil B.Demille yang ada di Golden Globe Award. Anugerah ini dinamakan sempena salah seorang tokoh yang paling berjaya dalam industri pembikinan filem di Hollywod iaitu Cecil B. DeMille (1881-1959), dan ia merupakan anugerah dalam pencapaian seumur hidup seseorang artis yang diberi secara tahunan kepada artis yang dipilih oleh Hollywood Foreign Press Association di Majlis Golden Globe Award yang diadakan di Hollywood. Cecil B. Demille adalah penerima pertama anugerah ini pada tahun 1952 ketika usianya 70 tahun.

Antara penerima anugerah ini sebelum ini ialah Martin Scorsese (2010), Steven Spielberg (2009), Warren Beatty (2007), Anthony Hopkins (2006)..saya suke dia juga!! , Robin Williams (2005), Michael Douglas (2004), Gene Hackman (2003), Harrison Ford (2002), Al Pacino..memang bagus dia ni..... (2001), and Barbra Streisand (2000)

Robert De Niro...saya tak tahu bila saya mula meminati lakonannya tetapi apa yang pasti hasil lakonannya sungguh hebat!! Dengan lebih 70 buah filem yang pernah dilakonkan Robert De Niro mulakan kariernya dalam filem Brian De Palma's The Wedding Party pada tahun 1969 dan filem terakhirnya (saya rasa) Meet The Little Fokers..(tak pernah tgok pun sequal citer ni)

Dalam banyak2 filem yang dia lakonkan antara yang pernah saya tonton dan masih ingat (kebanyakan tgok melalui DVD lorong belakang..wel..u know.....hehehe..Ssshhhh) ialah... The Untouchables, (citer mafia ni..) Goodfellas, Heat, Sleepers, Ronin (action packed) The Departed, The Good Shepherd....

Tapi!!!..benda yang buatkan saya nak tulis pasal Robert De Niro ni bukan pasal apa..cuma pasal cerita The Godfather Part 2. Kenapa la saya boleh tak tau yang cerita Godfather Part 2 tu pelakon utama die robert De Niro!!! padahal DVD tu ada je dalam simpanan sejak masih bujang kira2 sejak tahun 2005 lagi!!! dan oleh kerana cerita Godfather part 2 tu jalan ceritanya slow bangat, 3 kali dah saya tengok cerita tu, dan tiga kali jugak la tak pernah habis!!! sebabnya sampai sekerat jalan saya pun tertidur!!!




Takpelah..lepas ni kena cari masa nak tengok citer tu lagi untuk kali ke empat.....huhuhuhu....

Kesabaran....

Perkataan sabar disebut enam belas bentuk dalam al-Quran, iaitu perintah supaya bersabar (merujuk ayat 35 surah al-Baqarah, surah al-Imran (ayat 200), sementara larangan daripada bersikap sebaliknya pada ayat 35, surah al-Ahqaf dan surah al-Anfal, ayat 15. Allah memuji orang yang sabar (surah Ali-Imran, ayat 17 dan al-Baqarah, ayat 177) sementara Allah kasih kepada orang yang sabar melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 146.
IMAN terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dinamakan kesabaran dan satu bahagian lagi dinamakan kesyukuran. Kedua-duanya adalah sifat Allah dan di antara dua nama-Nya yang mulia kerana Allah sendiri menamakan diriNya dengan Sabbur dan Syakur.
Jika seseorang itu jahil daripada memahami erti kesabaran dan kesyukuran, samalah dengan tidak memahami erti kedua bahagian iman itu sendiri. Dengan demikian, samalah ia lupa kepada sifat Allah sedangkan untuk mendekatkan diri kepada Allah tidak tercapai melainkan dengan iman.
Kesabaran lain yang dijelaskan dalam al-Quran ialah Allah bersama orang yang sabar, kebaikan bagi mereka yang sabar, balasan amal yang paling baik, berita gembira kepada orang sabar, jaminan kemenangan bagi orang yang sabar dan balasan Allah tanpa batas kepada orang yang sabar.....hmmmm bestnyer part ni...

Selain itu, orang yang sabar adalah mereka yang kuat semangat dan azam, amalan salih yang besar balasannya adalah sabar, orang yang sabar mereka yang mengambil manfaat daripada ayat Allah, Ibrahim, kejayaan yang diingini dicapai oleh orang yang sabar, orang sabar boleh menjadi pemimpin dan mempunyai kedudukan tinggi dalam tingkatan iman dan Islam, seterusnya takwa dan tawakal.

Sabar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu sabar dalam mentaati Allah, sabar daripada melakukan maksiat kepada Allah dan sabar menghadapi ujian Allah. Patut diingat bahawa mengadu dan merayu kepada Allah tidak menafikan sifat sabar.

Ini seperti mana berlaku kepada Nabi Ya’kub ketika baginda berkata:
“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,”
(Surah Yusuf, ayat 86).

Adapun yang menafikan sifat sabar adalah merungut terhadap Allah, manakala bersabar terhadap ujian Allah seperti menghadapi bencana alam seumpama banjir besar, gempa bumi, sakit dan lain sebagainya, mangsa perlu menghadapinya dengan mengharapkan balasan sebaiknya daripada Allah.

Mangsa juga perlu mengharapkan penyelesaiannya daripada Allah dan ketiga menganggap ringan ujian itu dengan cara mengingati segala nikmat yang dikurniakan Allah selama ini. Dengan demikian akan terasa bahawa ujian itu bagaikan setitik air daripada luasnya laut.
Kepada rakan rakan yang menghadapi ujian tak kiralah di tempat kerja, di rumah mahupun dengan diharap artikel ini mampu memberi manfaat..(sebenarnya ianya untuk diri saya..hihihii)

Sunday, January 9, 2011

BY YOUR SIDE

Tak tahu mengapa pagi ni jadi sentimental sikit, maybe pasal lambat bangun tidi dan otak ni tibe2 jadi sentimental blues. Remind me byk memories zaman silam dan juga waktu susah senang sewaktu masa bujang dan hidup diperantauan. Bermacam perasaan bercampur baur dalam hati ini dan sukar digambarkan. Tiba tiba terasa hening dan sepi. Ada kata sepi itu indah dan ada pula yang berkata sepi itu penuh kedukaan...

Kenangan masa lalu dan apa yang kita lalui itulah yang membentuk diri kita dan membentuk jiwa ini. Memanglah asas agama itu adalah segalanya, tetapi pengalaman hidup seseorang yang berbeza membentuk peribadi seseorang. Pengalaman hidup sewaktu kecil pada aku adalah sesuatu yang sangat indah dan boleh dikatakan kebanyakan orang didalam dunia ini tidak boleh melupakan pengalalaman zaman kecil dan membesar terutama kepada mereka yang hidup dan membesar di suasana kampung.

Kicau burung, bunyi ayam itik, sungai, pokok2, serangga, permainan tradisional, kenalakan bersama kawan-kawan sesuatu yang pasti kita tidak dapat lupakan. Kenangan zaman remaja lain pula cerita. Zaman persekolahan diamana masing-masing mula membina jati diri. Kemudian meningkat lalu zaman remaja dan melanjutkan pelajaran. Hidup di sekitar umur awal 20 an disana macam-macam kita belajar apa yang ada didalam dunia yang pernuh warna.

Dan saat itu aku mengenali lagu ini.....

BY YOUR SIDE...BY SADE...... (feel it...)


you think i'd leave your side baby
you know me better than that
you think i'd leave you down when you're down on your knees
i wouldn't do that
i'll tell you you're right when you want
and if only you could see into me
ha ah ah ah ah ah

oh when you're cold
i'll be there
hold you tight to me

when you're on the outside baby and you can`t get in
i will show you you're so much better than you know
when you're lost and you're alone and you cant get back again
i will find you darling and i will bring you home

and if you want to cry
i am here to dry your eyes
and in no time
you'll be fine

you think i'd leave your side baby
you know me better than that
you think id leave you down when you're down on your knees
i wouldn't do that
i'll tell you you're right when you want
and if only you could see into me
ha ah ah ah ah ah

oh when you're cold
i'll be there
hold you tight to me
when you're low
i'll be there
by your side baby

oh when you're cold
i'll be there
hold you tight to me
oh when you're low
i'll be there
by your side baby



Tuesday, January 4, 2011

Ingat sihat sebelum sakit

DEMAM!!! huhuhuh...peritnye rasa demam ni...(hmmm baru demam). Time sakit ni la baru teringat alangkah nikmatnya time sihat dulu. Kenelah kita ni bersyukur. Kekayaan bukanlah segala-galanya. Ada duit pun kalau tak sihat tak guna jugak. Kesihatan adalah penting. Beringatlah sebelum sakit. Hargai kesihatan anda.


Senang cerita, kene jaga makan tu apa yang boleh diamalkan secara mudah ialah kurang minum ais, makan sayuran dan buah-buahan dan juga cukupkan rehat. (tido) Apabila sakit ni baru terasa nikmatnya kesihatan badan. Nabi pun ada pesan supaya ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, Ingat sihat sebelum sakit.

Allah taala yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya di atas muka bumi ini. Akan tetapi kurniaan aneka nikmat tersebut tidak dapat dihitung oleh sesiapa pun sesuai dengan mafhum firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 34 bermaksud: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Antara kurniaan nikmat yang tiada ternilai harganya ialah NIKMAT KESIHATAN. Dengan kesihatan ini, manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan aman sentosa. Dengan kesihatan juga, manusia dapat melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan baik. Begitu juga dengan kesihatan yang menghiasi seseorang, dia dapat melakukan ibadah kepada Allah taala dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai serinya kehidupan Muslim .

Akan tetapi, ada manusia yang alpa dan leka dek kesihatan yang menyerikan hidupnya hinggakan dia tidak menghargai betapa mahalnya nilai kesihatan dalam kehidupannya. Dia tidak sedar dan insaf betapa sihat itu juga sebahagian dari detik kehidupan yang dia lalui. Dalam hal ini, Rasulullah ada memberi peringatan tentang kesihatan ini di mana baginda bersabda yang bermaksud: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)

JAGALAH KESIHATAN ANDA!!! tap kalau dah nak kene demam macam saya ni nak buat camana, redha dan ini adalah ujian Allah dan mungkin salah satu kifarah untuk menghapuskan dosa2 yang lalu....