Thursday, July 23, 2009

CSI: MANJUNG, PERAK part 2

maaf pasal dah lama tak update blog ni...hmm.."demi masa"..

Bertemu kembali dalam siri siasatan CSI Manjung..Kali ini kes lain pulak. Masa part 1 citer pasal umah kena pecah, ni opis sendiri pulak yang kena pecah. Alahai opis aku..kejadian berlaku pada 22 julai 2009 yang lepas



Keadaan masa nak masuk opis pada awal 8 pagi macam biasa, tak ada yang menarik. Ada muka boring, ada muka ceria dan ada juga muka lawak. Dalam keriuhan pagi mendengar kicau pot-pet pot pet semua staf yang berkumpul kat tingkat bawah, sorang staf ni datang bagitau CC, "CC almari tak kunci ke semalam? Barang semua bersepah..? Jeng jeng jeng...disitulah bermula episod kita kali ini.

Almari yang dimaksudkan tu ada kat tingkat atas. Dalam almari tu macam astro jugak, macam-macam ada!! Kebanyakan barang-barang opis seperti kamera digital, kad touch n go, dan seangkatan dengannya. Saya tak ambik port sgt apa yg ada dalam tu sampailah pagi tadi terpaksa beri perhatian apa yang ada dalam almari tu pasal nak tau apa benda yang hilang.

Suasana jadi bertambah "meriah" Banyak kepohter mula beraksi disana sini. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata keadaan yang berlaku, tapi kalau nak gambarkan jugak boleh rujuk dalam filem p.ramlee bujang seniman bujang lapok. Babak masa rumah diorang terbakar tu. Kecoh macam tu jugak la time kepohter buat liputan.


7.55pg..kesan pecah yang ketara kelihatan

Semasa gambar diambil laporan polis masih belum dibuat. Almari ini berada di tingkat atas pejabat. Tinjaun seterusnya mula dibuat di sekitar pejabat dan inilah hasilnya:-

Kesan pecah pada pintu bilik bos

Laci kerani kewangan ..takde ape hilang





Tingkap tandas yang tak bertutup menjadi tempat pencuri tu masuk...



Polis sampai jam 9.00 pg membuat pemeriksaan



kesan tapak kaki pada dinding belakang opis..


kat sinilah penyamun tarbus tu panjat dan pecah masuk

"kepohter" mula beraksi disana sini...


dan lagi aksi2 "kepohter" yang kelihatan...(bos yg pakai baju kelabu-kiri gambar)..yang depan baju purple tu kiteorang punyer CC sibuk memberi penerangan pada pak polisi..



antara mereka yang sibuk meninjau apa yg berlaku..


polis siap bawak machine gun tu!! jaga-jaga!!


antara laci yang kena pecah..



ini dia lubang pada syiling yang dipercayai tempat penyamun tu lari keluar...



kesan tapak kasut saiz 6 kelihatan pada kerusi..yang ini berlaku dalam bilik bos...penyamun tu dipercayai panjat naik ke syiling yang telah dipecah menggunakan kerusi yang ada dalam bilik bos..dalam tafsiran mendapati tapak kasut tu mungkin tapak dari selipara yang dipakai oleh penyamun...


pihak bahagian siasatan jenayah sedang melakukan kerja-kerja mengesan cap jari penyamun..

Dalam kejadian ini takda sangat barang yang "besar2" yang hilang...yang hilang cuma kamera digital 2 bijik yang disimpan dalam laci tu..yang peliknye projector yang ada dalam laci tu takde pulak penyamun tu ambik...buduh betul...penyamun tu tak tahu kut harga projector tu berapa...dia biar je projector tu atas lantai...

daripada cakap2 pak polisi setelah siasatan dilakukan penyamun tarbus tu guna sarung tangan ketika melakukan kerja-kerja jahatnya tu..jadi takde la kesan cap jari...gagal la misi nak mengesan suspek..tapi yang sedihnya pak polisi tak mahu menyemak kesan cap jari pada bahagian belakang pejabat yang ada kesan2 kena panjat tu..diorang beranggapan penyamun tu pakai jugak sarung tangan ketika panjat didding tu...hhmmmmm...

suspek pulak dipercayai dari kalangan pencuri2 kampung yang buat kerja mencuri tu tak pakai otak..nak mencuri tak tak tahu apa benda nak dicuri dan juga cara suspek masuk pun cara yang tak profesional...hmm...caman yg masuk cara profesional tu agaknya...

sampai bertemu kembali dalam sesi CSI akan datang...sekian..

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana matahari 22/7/2009


Saya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009 . Berdasarkan maklumat dari ahli kaji falak waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

Hanya 17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini. Namun begitu ia tetap sebuah fenomena yang cukup menarik untuk dilihat dan Alhamdulillah saya diberi peluang untuk melihat kejadian gerhana matahari ini.

Sebenarnya kita sebagai manusia perlu berfikir tentang kejadian alam yang berlaku disekeliling kita. Untuk apa ia dijadikan? Mengapa ia dijadikan? dan soalan paling penting yang perlu ada dalam setiap orang Siapa yang menjadikan?

Kekadang dalam kesibukan kita seharian dalam menguruskan hal2 dunia, kita terlupa siapa diri kita di atas muka bumi ini? dan untuk apa kita diciptakan. ? Mungkin soalan ini amat jarang ada dalam kepala otak kita sehinggalah persoalan itu terkeluar sendiri dan sudah semestinya bila persoalan itu terkeluar,kita tersedar dari lamunan.

Apa yang pasti soalan2 duniawi sudah semestinya hari-hari ada dalam pemikiran kita. Bila nak dapat gaji? Pukul berapa nak balik? Bila bos nak keluar ni? Kat mana nak pergi minum? Siapa menang bola semalam? Where is my pen? How do you do my dear? dan macam2 lagi lah..

Walaubagaimana pun seandainya kita masih juga tidak mampu untuk mewujudkan kesedaran dalam diri , masih ada satu lagi cara yang mampu untuk kita refreshkan diri. Ingatlah kepada MATI. Cukup bersediakah kita untuk menghadapi mati. Cukupkah bekalan kita untuk dibawa "kesana"...


Thursday, July 16, 2009

CSI: MANJUNG, PERAK

6.30 petang, panggilan diterima dari kakak ipar, dimaklumkan katanye rumah dimasuki pencuri. Macam2 terbayang waktu tu...teruk ke.???..apa yg hilang.???.mesti rumah tunggang langgang dibuatnya pencuri yang masuk tu...sampai je kat umah tengok takde pape pun kesan..relax je...



Lepas tu siasatan mula dijalankan. Inilah "Inspektor sahab" yang mula2 sampai ditempat kejadian. Berikut adalah bukti2 yang dapat dilihat semasa siatan dijalankan...


Pandangan tepi rumah dimana kedudukan pintu yang telah dipecah masuk Sebelah kanan tu ada kebun kelapa sawit, sape punye entah le..

Keadaan sliding door terbuka seperti diatas semasa siasatan dibuat...penyamun tarbus tak tutup pintu lepas keluar.


Pintu besi tidak diumpil, dipercayai boleh dibuka oleh penyamun tarbus dengan menggunakan master key, (andaian sahaja) . Pulak tu tak diitaruk dengan kunci "mangga" kat situ.. keadaan ini memudahkan penyamun tarbus masuk..hanya sliding door saja yang diumpil..daaaah rosak pintu ni...kena ganti la jawabnye nanti..itu boleh masuk dalam anggaran kerugian..


Gambar pintu lagi..kelibat org yang kelihatan tu bukan penyamun tau, itu tuan punya rumah @ ana punya beras (biras)

Nah!! Ini Dia!! bukti kehadiran penyamun tarbus dapat dikesan!! Kesan tapak kasut bersaiz 8 agaknya kelihatan di lantai simen dekat dengan pintu yang kena pecah tu!! Corak tapak kasut dan kesan hitam dipercayai datang dari kasut kebun / but getah, senang cerita but macam Pua Chu Kang pakai tu..tapi tak tahu le warna kasut tu hitam atau kuning!! Yang pasti..gigi penyamun selalunye kuning....tak bergosok dan juga suka merokok..biar putih tulang..jgn kuning gigi ok!

Satu lagi kesan tapak kasut kelihatan!!

Laci-laci yang tak ditutup selepas diselongkar...tafsiran mengatakan penyamun tarbus sedang mencari barang-barang berharga atau duit dalam laci tu!(mestilah cari barang berharga atau duit, takkan nak cari peta harta karun pulakkan)


Apa punya penyamun...almari budak2 pun nak selongkar..mana ada ape dalam tu!! Buduh!



Almari baju pun kena selongkar jugak..pintu almari tak bertutup!

Siasatan "Inspektor sahab" tamat jam 7.15 ptg waktu tempatan..hasil temuduga dan siasatan mendapati tiada barangan berharga ataupun wang ringgit mahupun syiling tabung yang dicuri . Penyamun tu tak pandai cari dan takde duitpun disimpan dirumah.!!!. Malah barangan elektrik sperti tv, dvd player, hi-fi, mesin basuh, dan lain-lain lagilah yang seangkatan dengannya tak hilang!! Diorang penyamun ni nak cari barang kemas dan duit je dalam operasi diorang ni..pasal ape, kalau curik barang2 elektrik atau barang2 besar ni, diorang susah nak bawak, takut orang nampak.

Semasa kejadian berlaku tiada siapa berada dirumah, semua isi rumah keluar bekerja. Tiada kecederaan dilaporkan. Dan kesimpulan yang dapat dibuat dari kejadian pecah masuk rumah ini, ianya melibatkan sindiket geng penyamun tarbus warga indonesia yang dipercayai bergiat secara senyap disekitar kawasan kampung. Ini kerana bersebelahan tempat kejadian terdapatnya kebun kelapa sawit tempat dimana terdapatnya beberapa warga Indonesia yang bekerja disana.

Moral of the story, pastikan setiap pintu pagar anda berkunci kemas, taruklah kunci jenis baik punya!!... yang pasti dapat menyekat kemasukan penyamun tarbus ke dalam rumah anda..satu lagi amalan yang boleh dibuat, taruklah alarm keselamatan kat rumah tu..jika mampu...kalau tak mampu buat macam Inspektor Sahab buat, semasa anda tidur dibilik atau dimana2 ruang didalam rumah, pastikan kunci kereta anda yang beralarm tu dekat dengan anda..kalau apa2 hal kecemasan yang berlaku, picitlah alarm kereta anda bagi berbunyi...mudah2an dengan berbunyinya alarm kereta tu ia dapat menakutkan pencuri dan juga mendapat perhatian jiran2 yang berdekatan anda. Kalau anda menjerit mintak tolong, mungkin orang susah nk dengar kerana anda berada dalam rumah...tapi bila alarm kereta tu berbunyi, orang yang tertidur pun mungkin boleh terjaga...

p/s pesanan khidmat masyarakat ini adalah percuma..sekian...


Wednesday, July 15, 2009

Keputusan Pilihanraya DUN Manik Urai

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65

Transformers bersama keluarga!!



Baru lepas balik tengok Transformers: Revenge of The Fallen, utk filem ini saya boleh bagi 4 bintang! dari lima..2 jam setengah panjang cerita ini. Memang bagus!, tak rugi duit tiket pergi tengok movie ni. Puas duduk atas kerusi dan aircond dalam panggung tu. Berbanding tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak. Buang masa dan duit je rasanya pergi tengok cerita tu. Dah le sejam setengah je panjang cerita, lepas tu cerita tu pada sayalah, orang lain tak tahu lah pulak. Cerita tu boleh bagi 1 bintang je. Aduh, jalan cerita tu maybe tak sesuai untuk saya. Tak boleh "masuk" sangat. Tapi ada jugak le lawak2 yang berhasil yang membuatkan saya tersenyum sekali sepanjang 1 jam setengah.

Transformers!! waduh..memang hebat!! Tak sempat otak ni nak rasa boring dengan jalan cerita dia. Banyak aksi! Grafik ok ditambah lagi dengan boom! Boom! Boom!! Walupun berdentum bunyi dalam wayang tu, anak saya tetap tidur lena....dan saya dapat menonton wayang dengan aman..hihi

p/s tengok gambar atas tu, siap bawak bantal lagi.!

Cuti hujung minggu..

Lega rasanya dapat balik kampung weekend aritu. Dah berapa lama tak balik, hampir dua bulan rasanya. ERmmm..rindunya kat kampung..terutama pada ibunda tersayang. Banyak jugak aktiviti bila balik kalini. 2 Hari tu, jadual pack. Sempat pergi mandi sungai lagi!! Rindu pulak zaman2 muda2 dulu. Lone renger pergi sungai naik basikal berkayuh dari rumah hampir 15 km semata2 nak mandi sungai dan memancing ikan. Walaupun time tu tak banyak hasil tangkapan, tapi pengalaman duduk melepak di celah2 batu dengan rasa takut kena patuk ular memang meeningful. Tapi nasihat kepada mereka yang nak memancing di sungai:- amaran-jangan memancing ketika hujung minggu, orang ramai banyak beraksi disungai, jadi ikan2 pun habis lari. Tapi itu dulu..sekarang ni nak buat macamtu dah susah, biasalah..komitmen keluarga..balik semula ke Manjung hari Ahad. Sebelah petang sempat lagi berjalan2 di taman sambil bawak hero yang seorang ni beriadah..

Muhammad Aqil beraksi dengan basikal barunya..yeeehaaaa!

MORE todays rock news!

9 Julai aritu saya dan rakan2 sekerja mengadakan program bertemu pelanggan di Pangkor. 5 orang staf terlibat program yang boleh dikatakan berjaya jugaklah. Banyak jugak la kes-kes "CSI" yang berjaya disiasat. Dan paling tak best, lepas siasat, mesti nak kena laporan..aduh..laporan lagi!! aaargghh.teringat pulak pada word "paranoid". Dekat jam 5 baru sampai opis balik. Walaupun penat, semua orang happy, pasal dapat jalan-jalan cari claim..hehehe.Dan yang paling happy dan tak disangka-sangka, program kami dapat liputan surat kabar!! Alamak, glamer kejap aku..hihihi...tapi itulah..surat kabar Cina!! Sin Chiew Jit Poh. Kalau tunjuk kat orang kampung pun diorang bukannya paham apa yang ditulis dalam paper tu!..Apa2 pun tahniah utk our team!!

Dari kiri, me, ustaz, azrul n firdaus..yang berdiri tu orang Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang sibuk nk interframe. kiteorang pulak sibuk beraksi..hihih..

Sunday, July 5, 2009

Nothing Hill On Sunday!!


Hati saya terpanggil untuk menulis disini apabila baru sahaja selesai menonton filem Nothing Hill. Sebuah filem yang bagus yang mampu membuatkan anda tersenyum di pengakhiran filem kerana filem ini mampu menyentuh persaan anda. Kepada mereka yang belum lagi atau yang telah menonton filem ini sebelum in, tontonilah sekali lagi..Ini kerana filem ini akan membawa hati dan perasaan anda ke alam percintaan dan kekeluargaan dan mampu membuatkan anda melupakan seketika apa juga masalah yang ada di fikiran..tontonlah!!

TODAYS ROCK NEWS..!



LOS ANGELES - More than half a million fans from around the world applied for 17,500 free tickets to Michael Jackson's public memorial service next week, organizers said on Friday as a massive security operation got underway.

The life and music of the self-proclaimed "king of pop," who died of sudden cardiac arrest last Thursday, will be celebrated on Tuesday at the Staples Center in downtown Los Angeles.

Officials on Friday unveiled an online lottery that will allow fans to attend either the televised service at the arena or watch the proceedings on a big screen at the nearby Nokia Theater.

But within minutes, the staplescenter.com server crashed. More than 524,000 applications had been received by 5:30 p.m. on Friday.

A wide area around the venues in downtown Los Angeles will be blocked off for the event. Both local and state law-enforcement agencies have been marshaled for duty.

The ceremony will also streamed online.

"You might want to consider watching this from the comfort of your own home," said Los Angeles City Councilwoman Jan Perry, who is doubling as the city's acting mayor.

A Jackson family spokesman declined to provide details of the memorial service, but said there would not be a funeral procession and Jackson's body would not be at the memorial.

Los Angeles city officials are preparing for massive crowds downturn during the event.

Sealed-off streets
A local news-radio station reported that more than 1,400 officers from the Los Angeles Police Department alone have been asked to volunteer for duty on Monday and Tuesday. The LAPD, which has about 9,000 officers in total, declined to comment on the report or to reveal a staffing number.

Assistant Police Chief Earl Paysinger says anywhere from a quarter-million to 700,000 people may try to reach the arena, even though a wide area around Staples Center will be sealed off to those without tickets.

The Neverland.....Once Upon A Time....


Saturday, July 4, 2009

KASIHKAN MEREKA...




1 Julai 2009 di pejabat saya terdapat satu kes dimana seorang warga indonesia yang hamil 5 bulan bersama 2 orang anaknya yang masih kecil "terdampar" dan tak tahu kemana arah tuju. Puncanya apabila bapa dan ibu mertuanya yang mana merupakan penduduk tempatan telah menghalaunya keluar dari rumah. Suami kepada warga indonesia yang berumur 22 tahun ini telah ditangkap polis kerana terlibat dengan dadah. Sebelum ini mereka tinggal di Kuala Lumpur. Setelah ditangkap, si Indon ini tiada tempat untuk bergantung lalu pulang ke rumah mertuanya. Setelah tinggal selama hampir 2 minggu, bapa dan ibu mertuanya telah mengusir indon ini keluar dengan alasan tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan harian si indon ini dan juga 2 orang anaknya. Macamana perasaan bapa dan ibu mertua indon ni yer..yang sanggup menghalau mereka keluar dari rumah. Kalau tak pikirkan indon tu pun tak apalah, tapi budak dua orang tu yang masih kecil dan tahu apa-apa cucu diorang jugak. Tak berhati perut langsung.Ingat ayam atau kucing ke nak main halau-halau ni!!! Kucing pun orang kalau nak buang tengok tempat supaya tak nak biarkan kucing tu mati kebuluran. Inikan pulak manusia..aduhh...geram pulak rasanya bila mengenangkan nasib diorang ni yang kena halau. Geram kepada ibubapa mertua si Indon nilah..Penyudahnya kes ini terpaksa ditumpang semalam di rumah kebajikan dan pada esoknya kes ini dihantar pulang ke rumah ibubapa mertuanya. Dengan penjelasan dan budi bicara, si Indon yang sedang hamil 5 bulan ini dan juga 2 orang anaknya telah pulang semula ke rumah ibubapa mertuanya..yang saya kasihankan apabila mengenangkan 2 orang budak yang masih kecil yang berumur 1 dan 3 tahun yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa telah menjadi mangsa keadaan. Pendek kata, bukan senang berkahwin dengan warga asing, tetapi kalau dah jodoh...apa boleh buat...sabar ajelah..

Wednesday, July 1, 2009

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN

30 Jun 2009 hari bersama pelanggan diadakan untuk Daerah Manjung. Pejabat Daerah Manjung yang menjadi penganjur. Sebanyak 47 agensi kerajaan dan swasta didalam daerah Manjung difahamkan terlibat dalam program ini. Program ini diadakan di dua lokasi berbeza di dalam Daerah Manjung yang mana ia melibatkan kawasan DUN Pengkalan Bharu dan DUN Pasir Panjang. Di kawasan DUN Pengkalan Bharu tempat diadakan program ini dibuat di Arena Square pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya program ini berlangsung di Pusat Latihan Pertanian Bt.9 Lekir.

Dari pengamatan saya, kedua-dua kawasan ini adalah kawasan yang mana pihak BN/UMNO kurang mendapat sokongan rakyat. Pilihanraya UMUM yang lalu calon UMNO iaitu Dato Hamdi menang cuma 14 undi majoriti di Pengkalan Bharu!! (Aduhai..14 undi je!) Rasa saya itulah majoriti undi yang paling sedikit yang dimenangi dalam pilihanraya yang lepas tetapi tidak dikhabarkan di dalam TV. Di Lekir pula, DUN Pasir Panjang BN kalah teruk dan keputusan pilihanraya dimenangi oleh Ir. Mohd Nizar (sekarang dah datuk).

Dua program yang sama berlangsung dalam 1 hari dibuat di berlainan kawasan. Hebat tu!! Saya tak bermaksud hebat kepada orang yang menganjurkan program ini, tetapi hebat kepada petugas-petugas terutama mereka dari agensi kerajaan yang berpenat lelah dan bertungkus lumus membuat persiapan seperti pameran dan kaunter khidmat pelanggan yang perlu diadakan untuk menjayakan program ini. Petugas-petugas terpaksa berkejar ke Pangkalan Bharu seawal 7 pagi untuk persiapan program.Kemudian sekitar jam 1 tenghari pula terpaksa berkemas untuk bergegas ke Bt.9 Lekir kerana program bermula 2.30 petang. Jarak antara Pengkalan Bharu-BT.9 Lekir sekitar 70KM. Ada pemandu yang perlu mengejar masa untuk sampai dari Pengkalan Bharu-Bt.9 Lekir hanya 30 minit!! Bahaya betul..

Untuk makluman saya tidak berada di Pengkalan Bharu semasa program disana dijalankan kerana ada urusan rasmi di pejabat yang perlu diselesaikan. Tetapi pada sebelah pagi saya sempat menjenguk ke tapak program. Sebelah petangnya baru saya ke Pusat Latihan Pertanian Bt.9 Lekir untuk menghadiri program tersebut.


Nota:- antara khemah yang terdapat pada hari program di awal pagi sebelum program bermula.


Program bermula sekitar jam 2.30 petang dengan ketibaan orang ramai dan para jemputan. Setibanya saya di sana, persiapan untuk program boleh dikatakan cukup seadanya. MB Zambry juga sudah berada di sana. Program tersebut dilancarkan bersebelahan tapak pameran iaitu di dalam dewan serbaguna. Walaupun kelihatan ramai orang yang hadir, melalui pengamatan saya, majoriti yang hadir terdiri dari kakitangan kerajaan dari agensi-agensi yang terlibat dalam pameran sahaja dan juga orang-orang kuat BN UMNO tu sendiri.

Kejap takda...


Kejap ada...

Kehadiran didalam dan diluar dewan untuk lebih kurang 400 orang secara kasar. Tapi yang menjadi persoalan saya program ini diadakan untuk rakyat. Tetapi respon daripada rakyat adalah kurang. Orang kampung yang berhampiran ada jugak yang datang. Namun sekadar berapa kerat je..aduhai..sedihnye...boleh dibilang dengan jari.

Entahlah, mana silapnya?

Berbalik pasal program ini. Semasa sesi dialog dijalankan bermacam-macam persoalan dan masalah termasuklah permintaan diajukan. Tuan Pegawai Daerah Manjung yang menjadi pengerusi majlis pada ketika itu. Yang sempat saya rekod ada macam-macam juga iaitu pasal rumah PPRT, bantuan subsidi, kenderaan awak tak ada, kelas sains tak cukup, kadi tak cukup, U-Turn jalanraya tak ada, lampu jalan tak ada, paip air tak ada, elaun bilal tak cukup, lori muatan berat, hutan bakau kena tebang dan paling melucukan hati masalah munyit makan nasi dalam periuk di rumah orang kampung. Masalah tu berlaku di Kampung Teluk Changkat Keruing. Punya banyak sangat masalah sampai buatkan saya mengantuk kejap.

Semasa sesi soal jawab diadakan kebanyakannya orang yang tampil kemukakan persoalan terdiri dari orang Melayu, India ada sikit dan paling malang tiada satu pun wakil dari kaum Cina yang tampil untuk kemukakan persoalan. Keadaan ini perlu diselidik rapi...kalu tidak slogan 1 Malaysia nampak gagal...

Daripada pemerhatian saya, program yang dijalankan ini gagal mendapat sambutan sama. Tiada sambutan dari rakyat seperti yang dijangkakan. Mungkin juga disebabkan kurang promosi dan perancangan dibuat hanya dalam masa 2 minggu. Malah ada kakitangan kerajaan sendiri pun tidak tahu adanya program ini, apatah lagi masyarakat di kampung-kampung. Adakah ini satu lagi tanda kelemahan kerajaan BN/UMNO ataupun sebaliknya?...