Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA!! Raja bolasepak baru asia tenggara

Hari ini pasukan bolasepak negara melakarkan sejarah baru dengan berjaya merangkul kejuaraan piala Suzuki buat pertama kali. Tahniah diucapkan. Walaupun kecewa jugak dengan kekalahan 2-1 pada perlawanan akhir ke 2 ni..

Pemainan first half..hampeh..memang sakit hati tengoknyer...macam main kat estate je..bertahan sampai tak boleh buat apa2 pergerakan dan serangan. Tapi mujur penalti dapat save. kalau tak mmg susah jugak malaysia nak menang pasalnyer gol permulaan adalah penyuntik semangat. Bila tak masuk je penalti tu, down terus moral player indon...! Tahniah untuk penjaga gol!!! Performance hebat!!

Tahniah jugak untuk Safee Sali pasal berjaya buat rembatan cantik dan penyudah yang berkesan untuk gol tunggal Malaysia. Walaupun kalah pun ada jugak membawa pulang satu gol dan dia terus dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan!! Dah lama tak tengok penyerang Malaysia yang buat penyudah yang berkesan dan mengambil kesempatan terbaik terhadap peluang2 yang dapat sepanjang tempoh 90 minit permainan.

Tapi yang tak tahan tu provokasi penyokong2 indon terhadap pasukan Malaysia sehinggakan nak berlatih pun tak boleh kerana faktor2 keselamatan. mana taknya tempat latihan pun kene serbu dengan penyokong in. BUkannya sikit, ribu2 tu org datang. Datang bukan nak bagi sokongan tapi datang nak mempelekeh pasukan Malaysia. Last2 kalah juga. Padan muka!

Apa la habuan pasukan Malaysia ni dapat nanti ek? Huhuhu..mesti kaya lah lepas ni player2 malaysia. Mana taknya, PM sokong, Menteri sokong, sultan pun sokong...giler..mmg byk la dapat duit lepasni. Bagi jurulatih K. Rajagopal silap2 dapat pangkat Datuk!!! hahahahaha.....tunggu dan lihat je la nanti.

Tahniah Malaysia!! Menang piala Suzuki buat pertama kali..!!

1 comments:

Mouren said...

31/12/2010...cuti umum!!! Yayyyyyyyyyy!!

Post a Comment