Monday, November 30, 2009

MOVIE UPDATE!

hahhaa...dalam keBZan (ada ke perkataan ni..) sehari-hari...sempat lagi menonton DVD..bukan ape..release tension...masa balik kampung aritu sempat pergi beli DVD...haha..kat kampung harga DVD murah jgk berbanding kat Manjung ni...Manjung sekeping RM8, kat kampung 5 je...ni ha movie2 yang sempat tgok.


Ini filem yang perlu ditonton..perlu cari DVD dia lepas ni...pasal pe...dah tgok citer pertama TWILIGHT..so..NEW MOON sambungannye...menarik jugak citer ni...slow...but interesting!...unsur2 cinta banyak dlm filem ni..dan juga dicampur dgn unsur2 mitos buatkan citer lagi takde boring...citer pasal vampire + cinta + warewolf...korang tgok la sendiri...citer ni pada saya boleh setanding filem STARWARS, LORD OF THE RING..tapi kepada sape2 yang minat unsur2 cinta..filem ini boleh ngam..



Poster filem TWILIGHT...



Hahaha...ni ha..filem G.I JOE...sape2 yang zaman budak2 tgok kartun G.I Joe, mesti nak tgok citer ni..Kartun GI.Joe mula2 kuar tahun 80an..setelah 2 dekad baru kartun ini pertama kali difilemkan. Filem aksi...tak banyak kena fikir...gambar bagus...cuma perjalanan citer tu biasa je...tkde segempak citer Starwars..(aku suka star wars)

TAKEN!!!... citer siasatan..aksi..more to reality...kisah anak kepada bekas perisik diculik. untuk dijadikan pelacur dan bapanya sendiri yang pergi cari anak dia tu sampai dapat..tapi saya minat lagi citer yang wataknya bernama Jason Bourne..moral citer ni...JANGAN LAWAN CAKAP AYAH!

itu je...sekian...jumpa lagi dalam CINEMA CINEMA CINEMA...

MINGGU YANG BZZZ GILER....

Bertemu kembali setelah sekian lama...adei..lama dah tk update blog..sampai nk log-in pun tercari2 mana nak sign-in..aduii....sejak balik dari IJN tak berkesempatan langsung nk update blog....sekarang ni SI Aqil dah kembalik sihat macam biasa..dan aktif macam tkde apa2 sakit...susah nk tengok dia duduk dia sekarang ni kecuali time tidur je...

Masa berlalu cepat betul..dah November...sebulan lagi nk masuk tahun baru. Dari lepas balik IJN macam2 jugak le peristiwa yang berlaku. Tapi yang tak bestnyer tak sempat nk update dalam blog. Keciannya...oklah..meh sini nk letak serba sikit aktiviti dan peristiwa yang telah berlangsung...

1. Terlibat sebagai Urusetia Persiapan dalam Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Jabatan yang diadakan di UITM Sri Iskandar Perak dari 19hb November hingga 25 November 2009. Seramai lebih kurang 800 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menyertai pertandingan ini. Perasmian majlis dibuat di rumah MB perak pada 21hb November 8.00mlm, dan majlis penutup dibuat di Dewan Banquet banguna SUK Perak pada 24 November 2009.

2. Masa yang sama...di dalam Daerah Manjung, kawasan Padang Serai dan Pekan Pantai Remis telah berlaku bencana banjir. 2 pusay pemindahan telah dibuka melibatkan kawasan Taman Bintang Pantai Remis. Sejumlah 30 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Taman Bintang dan pusat pemindahan tersebut telah ditutup pada 19/11/2009.
Bagi kawasan Padang Serai pula sejumlah 134 orang daru 32 keluarga telahg dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Padang Serai. Pusat pemindahan ini telah dibuka pada 16/11/2009 dan ditutup pada 24/11/2009. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan semasa kejadian ini berlaku sepanjang tempoh 2 minggu.

Semasa kejadian tersebut saya telah bertugas di tempat banjir seawal 8.00 mlm hingga 3 pagi. Segala keperluan asas perlu disediakan oleh jabatan seperti tikar, selimut, barang makanan asas. Pasal tu la sibuk bangat. Ini disebabkan kekurangan kakitangan di pejabat yang dapat bertugas.
3. Pada 22 hb November pula ada plak Menteri Kewangan ke 2 turun padang melawat mangsa banjir...aduhh...dari ITM perak terpaksa turun ke tempat banjir...pasalnya takda jugak kakitangan nak hadir majlis tu..Bos pula sibuk dgn persiapan majlis di ITM Perak. Then 2nd bos la kena ganti..lepas tu boleh pulak 2nd bos ni tak dapat dapat....dang!!! dang!!!..nak tak nak saya lah kena ganti...giler...dah le ada RTM buat liputan berita...mujur la dalam majlis tu tak disuruhnya berucap...kalau tk...aduii..tak tahu la apa yg nk diucapkan...suruh karaoke boleh la..menyanyi lagu banjir (lagu harun salim bachik..)
Dalam majlis lawatan menteri tu semua mangsa banjir yang terdiri dari 64 keluarga diberi sumbangan wang ihsan untuk meringankan beban..jumlah duit? tak tahu...hanya mangsa yang tahu...

4. Semasa berada di ITM perak, boleh pulak pasukan Audit Negara datang nak audit fail2 di pejabat..fail saya pun kena jugak..!! aduii....satu lagi masalah problem..Audit Negara tuuuu!!! kantoi karang habisla...Nak tak nak lepas majlis di ITM perak tu selesai terus balik opis cari fail2 yang terlibat yang diorg nk audit..kena kasi update...

5. Raya Haji!!!!.. hmmm..raya haji ni dalam masyakat kita sekarang ni tak berapa meriah..kecuali di Negeri Kelantan dan Terengganu je...kat sini raya haji ni kurang meriah..Mungkin disebabkan org sibuk nk buat persiapan korban dan buat kenduri..tapi..balik kampung...tetap balik kampung...bestnye balik kampung...dah le tgh musim buah durian..tapi bahaya jgk kalau makan tak kontrol..durian...daging...kalau makan byk2 ble mendatangkan mudarat...Ingat..makan sekadar lapik perut je..

6. Sempat jugak ke kenduri member sekolah...member baik tu..masa saya kawen dulu dia yg jadi driver hantar ke rumah pengantin perempuan...akad nikah pun dia bawak jugak...Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Hishamudin @ Cikgu Sham...semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki..masa kenduri tu sempat la jgk jumpa dgn member2 satu sekolah...hmm..ada lagi yg masih bujang...tunggu je la kenduri diorg..tah bile entah..

Itu je yg dapat disimpulakn...byk nak cerita ni..tapi kehaditan audit ni menyebabkan tk cukup masa dan tak tenang nk bercerita lebih panjang..



Saturday, November 14, 2009

NEW LOOK!

New look for my blog…so what do you think?

Just want to have a new look for my blog. Something that is simple and cool. So far, I like this one…

Okay, will come back to you once I got interesting story to share.

Bye from now…

Tuesday, November 10, 2009

Aqil setelah sebulan pembedahan..




Alhamdulillah..semuanya selamat selepas Aqil menjalani pembedahan pada 7/10/09 yang lalu...kini Aqil kembali beraksi seperti kanak-kanak lain..Lepas pembedahan ni selera makan Aqil bertambah dan juga dia kembali lebih aktif...penat nak jaga tu!... Apa2 pun diharap semuanya ok selepas menjalani pembedahan..Pengalaman 2 minggu di IJN tak dapat dilupakan...