Tuesday, October 11, 2011

Andai ada di luar sana satu ruang sepi, pasti antara kita pernah merasainya. Andai ada di luar sana satu ruang benci, pasti kita juga pernah merasainya. Tidakkah pernah kau fikirkan bahawa sepi itu juga satu anugerah dari tuhan untuk kita? Mengapa kesepian itu sendiri mesti diletakkan ia ditempat yang tiada cahaya? Tidakkah terfikir bagaimana dengan adanya cahaya juga sepi itu masih ada?

Sepi itu sendiri indah. Tapi adakalanya sepi itu menyiksa jiwa perlukan teman bicara. Biarkan kita sendiri berbicara dengan diri dan hadirnya sepi mewujudkan ruang bicara itu sendiri. Biarkan sepi itu menyelami hati kerana hati itu penunjuk Ilahi. Kita tidak dapat mengetahuinya sendiri kecuali hadirnya sepi hidupkan hati.

Tiada yang lebih penting dari redhanya Allah kalau kita menginginkan Rahmatnya. Bersyukur dengan apa yang ada sekiranya tiada hanya ujian semata dan tandanya Allah mengasihi kita. Tiada yang lebih indah melainkan dengan Rahmatnya dan sepi itu sendiri adalah rahmat dari ilahi. Usah bersedih usah berduka kerana Allah masih menyayangi kita.

Untuk menikmati sinaran pagi yang indah, sudah pasti malam yabg sepi mesti dilalui. Mengapa perlu diri meresah jikalau keindahan pagi pasti menyinggah. Mulakan harimu dengan senyuman untuk padamkan segala kedukaan. Sekadar nukilan menjadi teman bicara semoga hati terubat duka.

Friday, October 7, 2011

Di sini kasih pernah berbunga tiada harum tiada warna. Di sini cinta pernah membara tanpa bahang dan tanpa apinya. Beginilah yang aku rasa hidup kita berdua. Umpama sinaran bulan yang menyerikan bitang-bintang dan fajar yang menerbitkan pagi lalu embun menyirami dan menyegarkan pepohonan.

Di sini juga langit mendung selalu dan cahaya menyinariku namun aku tiada berdaya mengikut kata hati tanpa bicara yang dapat diluahkan di sini.

Hubungan ini hanyalah suatu persinggahan dan bukan pengabadian yang rela dan pemergianku di sini oleh kerana terpaksa demi suatu kehidupan yang lebih sempurna.

Sekiranya aku tiada dis ini, anggaplah kehadiranku di sini hanyalah satu persinggahan di ruang kecil ini. Aku juga tidak menjanjikan sebuah mahligai impian sebagaimana yang kau harapkan namun kehadiranku diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita.

Keihkhlasan, kerinduan dan kasih sayang menjadi sandaran walaupun iainya tidak nampak tetapi diharapkan apa yang diberikan dapat menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan ini.

Biarlahkita jauh dari pandangan dan hanya masa menjadi saksi. Daripada dekat dimata tetapi penuh siksa dihati. Biarlah berduka biar melara dari sengketa sepanjang masa. Sesiapa yang tahu ertinya sepi pasti tahu bagaimana rasanya seperti pisau menghiris api. Sesiapa yang tahu ertinya rindu pasti tahu bagaimana rasanya tertusuk duri sembilu.....

Sekadar nukilan untuk tatapan.....