Thursday, December 17, 2009

RENUNGAN...


Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar
adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita,
kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah
dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia
mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan
kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya ..
sedangkan kita kerapkali makan daging sesama sendiri

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H

Tuesday, December 15, 2009

TWILIGHT...dalam kenangan..

SECEBIS NUKILAN DIKALA SENJA...

Gurisan Masa

Masa pantas berputar
Berputar halus di dada dinding
Dada dinding medan hitungan
Hitungan jarinya petunjuk detik
Detiknya seolah sapaan lembut
Sapaan lembut bagi insan
Insan bernyawa lagi berakal
Berakal tentang detik waktu
Waktu yang hanya seketika cuma
Cuma terkadang melangkaui batasan
Batasan yang wujud sekian lama
Lama bukan bererti tua
Tua bukan bermaksud lemah
Lemah ada tegasnya
Tegas bagi mereka yang leka
Leka dengan syurga ciptaan
Ciptaan yang hanya sementara
Sementara menuju lembah abadi
Abadi kekal jangan disangkal
Disangkal kekal tiada undurnya
Undurnya masa rayu dikembalikan
Dikembalikan ke dunia dengan harapan
Harapan itu hanya sia-sia
Sia-sia bagi manusia yang alpa
Alpa dari mengambil ikhtibar
Ikhtibar tersirat wahyu Ilahi
Wahyu Ilahi ada bicara
Bicara tentang ‘Demi Masa’
Demi Masa wahai sahabatku
Demi Masa..

“Demi Masa.. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” (Q.S. al – ‘Ashr : 1 – 3)

Monday, December 7, 2009

TRIP TO PENANG!

Saya berkesempatan jalan2 pegi penang hari sabtu lalu. balik hari ahad lepas 6/12/09..tidur semalam kat penang. Tidur kat hotel bajet je. Ble la...Tujuan sebenarnya ke penang tu untuk pergi ke jemputan RED.Fm Love Classified tu. Saya ada mendapat jemputannya...itupun menang kuiz. Untuk ke sana dibernarkan membawa 4 orang rakan bersama..tapi last minute semua nama2 yang dah tersenarai tu tak boleh nak pegi..jadi saya sorang2 je masuk ke "party" tu..ADOI...BUSANNYE!!

sepatutnya party tu start jam 4 ptg..saya tunggu sampai jam 5..stil tak mula lagi majlis..last2 saya cabut je kuar..lagipun busan la lepak sorg2..kalau ada partner ok jugak...ni ha pic yang sempat ambil masa pegi party tu..


posing sorang2...busannyer


ni la pentas diorang nk buat show n game


registration...


ni pandangan kat lobi G hotel..besar!!!

lepas daripada program tu sempat la bawak family jalan2 pusing penang..pegi taman rama2...pegi taman rimba...tidur kat batu ferigghi.malamnya pergi pesta penang..tapi tak sempat pun nak pi mandi kat batu feringghi tu...masa kat penang...adeihh...kalau sapa2 yang dah pernah pergi penang atau duduk penang tau la camana orang kat sana bawak kereta..MACAM "TTUUT" teruknya attitude diorg...bukan semua la...kebanyakan pemandu2 sana mmg bawak kereta mementingkan diri sendiri...tak bagi peluang orang nak jalan atau masuk simpang..pulak tu saya yang bagi orang jalan kena hon plak..ade ke patut...orang kat KL yang jalan lagi sibuk dari jalan kat penang tu pun tak bawak kereta mcm diorg..giler!!!

sudah la..malas nak ingat pasal bawak kereta kat penang...tapi ingat...lain kali kalau ada pegi penang..drive bawak kereta sendiri beware!!..org sana punya bawak kereta mmg tak de kasi pelauang kat org lain!...

oklah...ini serba sedikit pic yang sempat ambil masa kat penang....



pesta penang....


hahah..sempat jgk ambil gambar kereta red.fm


G HOTEL penang...


view depan G hotel




jambatan pulau pinang dari atas feri..


pic kat taman rimba..best jugak tempat die..sungai yang cantik..sesuai berkelah dgn family...


pic masa kat taman rimba.....





hahah..inilah pic yang saya paling suka!! remind me cerita TWILGHT!! masa edward cullen n bella panjat poko..view dia mcm sama dalam filem tu...(i'm missing someone here..)

oklah...sampai bertemu kembali...daaaa...

Friday, December 4, 2009

HADIAH DAH SAMPAI...





jumaat 10.00 pagi..org City Link sampai di pejabat...yaa!! hadiah ku dah sampai....tkde lah exited sgt..pasal tahu hadiah tu hadiah saguhati je...tapi setidaknya ada la hasil...dan juga kenangan... sekarang ni tunggu hadiah Mp3 pulak....yag atas tu dapat t shirt suria fm, sticker kete ..itu je..

Wednesday, December 2, 2009

MENANG! BERJAYA!


pagi tadi saya dikejutkan dengan kehadiran CITY-LINK di pejabat..wahh..dalam hati kata hadiah suria fm dah sampai ke? lepas tu tgok2 rupanya dapat sampul surat..huhuh...lagi la tergezut...tgok2 lagi kat muka depan ada tulis "stompin sabah" waaaa...menang tiket ke sabah ke ni??? giler....menang....!! bukak2 sampul rupa2nya confirmation utk diorg hantar hadiah..cehh....ingatkan dalam tu ada tiket ke sabah!! hampeh tul...tunggu je lah hadiah tu sampai. saya ada col tadi diorang cakap lagi 2 minggu sampai...lamanya!!!..

Then lepas dapat surat tu...dalam sibuk2 nak faks balik jawapan..suriafm col pulak!!..loh..pasal ape plak ni..rupa2nya..suria fm ni diorg punya prosedur...sebulan seseorang tu boleh menang sekali je!! hampeh tul...lepas tu pemanggil tu tanya nak hadiah tiket wayang ninja assasin ke atau nak MP3 sony walkman.. sebelum ni saya ada hantar sms utk menang tiket wayang..boleh pulak menang hadiah tiket wayang tu..tak sangka pulak.tak payah pikir panjang.....mesti la nk mP3...mahal tu..RM159...

oklah...tunggu je lah hadiah tu sampai....

Tuesday, December 1, 2009

BZ DGN RADIO LA PULAK....



Bertemu kembali...sejak dua menjak ni saya kena penyakit masuk peraduan radio...ni semua berlaku secara spontan...ceritanya gini...ada member kesayangan bagitau yang SURIA FM ada peraduan. Kalau menanng dapat tiket free ke Sabah...Lepas dgr tu..exited la jugak..pi Sabah tu....free plak tu!!! Sapa tak nak..

Then mula2 takde laambik port sangat pasal peraduan tu..nak jadikan cerita, masa on the way drive balik ke kampung dalam 2 minggu lepas..(musim durian..) ada terdengar peraduan yang disebut2 tu di SURIA FM..haha..dgr2 DJ tu surul col..saya pun col lah!! boleh pulak dapat masuk ke talian...Nah ko!! ambik....apa nak jawab ni? apa satu benda info pun tak tau pasal peraduan tu!! giler...

Lepas tu baru tau...rupa2nya peraduan tu suruh buat bunyi "Stompin"..saya pun tak tahu ape benda stompin tu mula2nya...hihih..buat malu tul...Owh....baru tau..kena buat bunyi2..mujur la ada bakat terpendam untuk buat bunyi2 ni..tapi masa col radio tu takde la menang..sepatutnya semalam 30 hb dapat tau keputusannya sape yang menang tiket pergi sabah tu..tapi takde pun terdengar pengumuman pemenang...apa2 pun kalau saya tak menang akan dapat hadiah menarik dari SuriaFm..diaorg akan pos nanti..then start dari tu la kena virus peraduan radio ni...

Stesyen radio yang menjadi ikutan radio Suria fm dgn RedFm..di RedFm ada jugak saya menyertai peraduan ni..tapi buat masa ni cuma menang peraduan dapat CD ladu Joana Lewis dan juga tiket ke Love Classified (macam party la..) yang akandibuat pada 5hb Dis ni buat di G Hotel Penang...dalam cadangan akan ke sana bawak isteri...takpe..kalau jadi nanti saya akan post kat sini apa yang ada kat majlis tu...

Semalam ada col Suria Fm sebelah petang..menangi hadiah SOny MP3..dalam peraduan teka tekit...tak sangka dapat tembus talian..dan dapat beri jawapan dengan betul..hhihi..tunggu je lah bila hadiah tu nak sampai..

Oklah..itu aje....kalau nk tahu lebih lanjut tentang peraduan2 yang say masuk ni.. kunjungi ke laman web www.suriafm.com.my dan www.redfm.com.my...

Monday, November 30, 2009

MOVIE UPDATE!

hahhaa...dalam keBZan (ada ke perkataan ni..) sehari-hari...sempat lagi menonton DVD..bukan ape..release tension...masa balik kampung aritu sempat pergi beli DVD...haha..kat kampung harga DVD murah jgk berbanding kat Manjung ni...Manjung sekeping RM8, kat kampung 5 je...ni ha movie2 yang sempat tgok.


Ini filem yang perlu ditonton..perlu cari DVD dia lepas ni...pasal pe...dah tgok citer pertama TWILIGHT..so..NEW MOON sambungannye...menarik jugak citer ni...slow...but interesting!...unsur2 cinta banyak dlm filem ni..dan juga dicampur dgn unsur2 mitos buatkan citer lagi takde boring...citer pasal vampire + cinta + warewolf...korang tgok la sendiri...citer ni pada saya boleh setanding filem STARWARS, LORD OF THE RING..tapi kepada sape2 yang minat unsur2 cinta..filem ini boleh ngam..



Poster filem TWILIGHT...



Hahaha...ni ha..filem G.I JOE...sape2 yang zaman budak2 tgok kartun G.I Joe, mesti nak tgok citer ni..Kartun GI.Joe mula2 kuar tahun 80an..setelah 2 dekad baru kartun ini pertama kali difilemkan. Filem aksi...tak banyak kena fikir...gambar bagus...cuma perjalanan citer tu biasa je...tkde segempak citer Starwars..(aku suka star wars)

TAKEN!!!... citer siasatan..aksi..more to reality...kisah anak kepada bekas perisik diculik. untuk dijadikan pelacur dan bapanya sendiri yang pergi cari anak dia tu sampai dapat..tapi saya minat lagi citer yang wataknya bernama Jason Bourne..moral citer ni...JANGAN LAWAN CAKAP AYAH!

itu je...sekian...jumpa lagi dalam CINEMA CINEMA CINEMA...

MINGGU YANG BZZZ GILER....

Bertemu kembali setelah sekian lama...adei..lama dah tk update blog..sampai nk log-in pun tercari2 mana nak sign-in..aduii....sejak balik dari IJN tak berkesempatan langsung nk update blog....sekarang ni SI Aqil dah kembalik sihat macam biasa..dan aktif macam tkde apa2 sakit...susah nk tengok dia duduk dia sekarang ni kecuali time tidur je...

Masa berlalu cepat betul..dah November...sebulan lagi nk masuk tahun baru. Dari lepas balik IJN macam2 jugak le peristiwa yang berlaku. Tapi yang tak bestnyer tak sempat nk update dalam blog. Keciannya...oklah..meh sini nk letak serba sikit aktiviti dan peristiwa yang telah berlangsung...

1. Terlibat sebagai Urusetia Persiapan dalam Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Jabatan yang diadakan di UITM Sri Iskandar Perak dari 19hb November hingga 25 November 2009. Seramai lebih kurang 800 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menyertai pertandingan ini. Perasmian majlis dibuat di rumah MB perak pada 21hb November 8.00mlm, dan majlis penutup dibuat di Dewan Banquet banguna SUK Perak pada 24 November 2009.

2. Masa yang sama...di dalam Daerah Manjung, kawasan Padang Serai dan Pekan Pantai Remis telah berlaku bencana banjir. 2 pusay pemindahan telah dibuka melibatkan kawasan Taman Bintang Pantai Remis. Sejumlah 30 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Taman Bintang dan pusat pemindahan tersebut telah ditutup pada 19/11/2009.
Bagi kawasan Padang Serai pula sejumlah 134 orang daru 32 keluarga telahg dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Padang Serai. Pusat pemindahan ini telah dibuka pada 16/11/2009 dan ditutup pada 24/11/2009. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan semasa kejadian ini berlaku sepanjang tempoh 2 minggu.

Semasa kejadian tersebut saya telah bertugas di tempat banjir seawal 8.00 mlm hingga 3 pagi. Segala keperluan asas perlu disediakan oleh jabatan seperti tikar, selimut, barang makanan asas. Pasal tu la sibuk bangat. Ini disebabkan kekurangan kakitangan di pejabat yang dapat bertugas.
3. Pada 22 hb November pula ada plak Menteri Kewangan ke 2 turun padang melawat mangsa banjir...aduhh...dari ITM perak terpaksa turun ke tempat banjir...pasalnya takda jugak kakitangan nak hadir majlis tu..Bos pula sibuk dgn persiapan majlis di ITM Perak. Then 2nd bos la kena ganti..lepas tu boleh pulak 2nd bos ni tak dapat dapat....dang!!! dang!!!..nak tak nak saya lah kena ganti...giler...dah le ada RTM buat liputan berita...mujur la dalam majlis tu tak disuruhnya berucap...kalau tk...aduii..tak tahu la apa yg nk diucapkan...suruh karaoke boleh la..menyanyi lagu banjir (lagu harun salim bachik..)
Dalam majlis lawatan menteri tu semua mangsa banjir yang terdiri dari 64 keluarga diberi sumbangan wang ihsan untuk meringankan beban..jumlah duit? tak tahu...hanya mangsa yang tahu...

4. Semasa berada di ITM perak, boleh pulak pasukan Audit Negara datang nak audit fail2 di pejabat..fail saya pun kena jugak..!! aduii....satu lagi masalah problem..Audit Negara tuuuu!!! kantoi karang habisla...Nak tak nak lepas majlis di ITM perak tu selesai terus balik opis cari fail2 yang terlibat yang diorg nk audit..kena kasi update...

5. Raya Haji!!!!.. hmmm..raya haji ni dalam masyakat kita sekarang ni tak berapa meriah..kecuali di Negeri Kelantan dan Terengganu je...kat sini raya haji ni kurang meriah..Mungkin disebabkan org sibuk nk buat persiapan korban dan buat kenduri..tapi..balik kampung...tetap balik kampung...bestnye balik kampung...dah le tgh musim buah durian..tapi bahaya jgk kalau makan tak kontrol..durian...daging...kalau makan byk2 ble mendatangkan mudarat...Ingat..makan sekadar lapik perut je..

6. Sempat jugak ke kenduri member sekolah...member baik tu..masa saya kawen dulu dia yg jadi driver hantar ke rumah pengantin perempuan...akad nikah pun dia bawak jugak...Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Hishamudin @ Cikgu Sham...semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki..masa kenduri tu sempat la jgk jumpa dgn member2 satu sekolah...hmm..ada lagi yg masih bujang...tunggu je la kenduri diorg..tah bile entah..

Itu je yg dapat disimpulakn...byk nak cerita ni..tapi kehaditan audit ni menyebabkan tk cukup masa dan tak tenang nk bercerita lebih panjang..



Saturday, November 14, 2009

NEW LOOK!

New look for my blog…so what do you think?

Just want to have a new look for my blog. Something that is simple and cool. So far, I like this one…

Okay, will come back to you once I got interesting story to share.

Bye from now…

Tuesday, November 10, 2009

Aqil setelah sebulan pembedahan..




Alhamdulillah..semuanya selamat selepas Aqil menjalani pembedahan pada 7/10/09 yang lalu...kini Aqil kembali beraksi seperti kanak-kanak lain..Lepas pembedahan ni selera makan Aqil bertambah dan juga dia kembali lebih aktif...penat nak jaga tu!... Apa2 pun diharap semuanya ok selepas menjalani pembedahan..Pengalaman 2 minggu di IJN tak dapat dilupakan...

Sunday, October 11, 2009

Gambar aqil di IJN

Perkembangan Aqil

Aqil dah dipindahkan ke wad biasa jam 3.30 ptg tadi. Keadaan kesihatan aqil ok.cuma ada sedikit demam biasa. Masalah batuk dan kahak menjadi masalah utama sekarang ni yg buatkan aqil kurang cergas.
Pada masa sekarang aqil dah boleh berjalan dan berlari tapi masih lemah. Luka aqil masih perlu dijaga takut terbuka. Luka dan kesan operation tidak dijahit tapi digam sahaja..semoga aqil cepat sembuh..

Friday, October 9, 2009

Perkembangan aqil

Aqil telah keluar ke wad biasa dari wad m.i.c.u jam 12.30 tghri. Keadan aqil masih lemah da hanya terbaring sahaja..amtibiotik dah stop dan masih tak boleh makan. Hanya boleh minum susu..

Perkembangan Aqil

Harini dah seminggu berada di IJN. Rasa lambat betul masa berdetik. Aqil yg sebelum ni dalam wad p.i.c.u dah keluar ptg semalam dari sana dan kini mendapat rawatan di M.I.C.U pulak. (medical i.c.u.)
Ptg semalam waktu melawat aqil kelihatan masih lemah. Tetapi keadaan kesihatan dan perkembangn jantung dan paru2 baik sekali. Cuma masalah aqil sekarang terdapat byk kahak di bahagian kerongkong dan perlu disedut jika terlalu byk. Antibiotik juga diberi.

Susu dah boleh minum tapi menggunakan tiub dari hidung. Dileher kanan dipasangkan jarum utk laluan antibiotik yg mahu dimasukkan ke dalam badan.

Menurut jururawat yg menjaga aqil sekarang, semasa di p.i.c.u aqil susah utk dikawal kerana aqil agresif. Dan suara tangisannya yg paling kuat dalam wad p.i.c.u tu..

Petang semalam setelah seharian berjaga baru dia tidur selepas tgok ayah dan umminya dtg
Melawat..kami meninggalkan aqil semalam di bilik m.i.c.u tepat jam 6ptg,setelah aqil tido..

Thursday, October 8, 2009

Perkembangan Aqil

setakat jam 7 pagi ini tiada apa2 cerita berita yg diterima. Pihak i.j.n di wad p.i.c.u pun taka col. Diorg bgtau semalam kalau ada apa2 diorg akan col. Kalau takda col tu maknanya evrything ok.. Syukur.
dari maklumat kawan yg ada disini, dia semalam ada masuk ke bilik p.i.c..u dlm jam 9 mlm dan nampak aqil dah tak pakai tiub gas..itu sudah bagus..
ok..perkembangan terbaru akan dimaklumkan kemudian..

Wednesday, October 7, 2009

Aqil selamat operation

Aqil masukk ke dewan bedah jam 3.30 ptg tadi. Pembedahan habis jam 5.15 ptg. Selesai pembedahan saya masuk ke wad paedatric i.c.u dan melihat keadaan M.Aqil yg masih tak sedarkan diri.
Kata Dr. Yg bertanggungjawab Aqil stabil dan jam 9 mlm nanti baru dijangka ble minum susu. Doakan Aqil cepat sembuh..

Tuesday, October 6, 2009

From IJN with love...

salam kepada semua.rasannya masih belum terlewat utk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan beragama Islam.Kejap je rasanya masa berlalu dah lepas hari raya tahun 2009 ni. Maaf pasal dah lama tak update blog Demi Masa ni..
Untuk makluman sekarang ni saya berada di IJN KL utk hadiri temujanji dan rawatan anak saya. 29 Sept. Lepas saya dapat panggilan dari IJN utk bawa anak saya hadiri pembedahan. Admit utk wad pada 2/10 dan hari ini operationnya.
Utk info estimate masa utk pembedahan 2 jam. Aqil akan ditebuk lubang di bahagian belakang.. Diharap semuannya berjalan lancar dan takda apa2 serius yg berlaku.




Masa tak izinkan nak update blog la.maap ler..inipun guna hp je

Sunday, September 6, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA???

Cuti-cuti malaysia?? erm..tak tahu nak cakap camana..saya baru balik dari IJN KL..bawa anak saya yg sorang tu menjalani pemeriksaan pada 4 sept aritu..sebelum ni pada bulan june Aqil dah buat CT Scan berkenaan masalah jantung dia tu...untuk rekod Aqil ada maslaah PDA - PATENT DUCTUS ARTERIOSUS... meh tengok gambar kat bawah ni..nak cerita panjang2 takut tak paham pulak..anway..read this...



yang ni sample pic jantung orang yang ada prob PDA


yang ini sample pic jantung yang normal..

PDA is a heart problem that is usually noted in the first few weeks or months after birth. It is characterized by a connection between the aorta and the pulmonary artery which allow oxygen-rich (red) blood that should go to the body to recirculate through the lungs.

In some babies, however, the ductus arteriosus remains open (patent) and becomes a problem, PDA. The opening between the aorta and the pulmonary artery allows oxygen-rich (red) blood to pass back through the blood vessels in the lungs.

Berbalik cerita cuti2 malaysia tadi tu...periksanya kejap je...tapi itulah..bulan Januari tahun depan kena dtg lagi ke IJN untuk pemerikasaan. In Case kalau keadaan memerlukan untuk pembedahan pihak IJN akan menghantar surat mintak dtg untuk pembedahan..aduyai...kena tunggu lagi..

Aqil menunggu giliran untuk pemeriksaan oleh doktor..bukan tau ape tu...kire seronok dia je...die tak tahu lepas ni die nak kena makan ubat...tgok..siap tepuk2 tangan lagi..

Sempat la jugak dalam masa kat KL tu pegi shoping raya kat Jalan Masjid India..meriah giler kat sana tu!! sampai 3 jam berjalan kat sana..hehehe..mujur anak tak meragam..esoknya pulak pegi lagi.ronda2 kotaraya!! hihihi...

Pegi shoping raya kat Jalan Masjid India tu..pengalaman pertama la katakan...exited la jugak..exited tu bukan ape..exited nak cari kelengkapan raya utk si Aqil..mujur tak sesat nak kesana..ingat2 lupa jalan nak kesana..dah sampai sana, banyak giler gerai2 yang menjual..sampai 3 kali pusing2 cari barang...



Inilah hasilnya...baju raya untuk Aqil tahun ni..tahun lepas dia kecik lagi..takde baju melayu..ni baju melayu pertama die..tgok..siap bagi pose lagi macam model ratu cantik..kalah ratu cantik yang dah menang tu..hihihi..


Kenangan pegi KLCC..

Apapun seronok jugak dapat sekali2 keluar negeri..keluar perak tu keluar negeri lah kirenye...dapat relax2 sikit dan lupakan pasal keje..adei..busannye...

Monday, August 24, 2009

PUASA RAMADAN 1430h

Sedar tak sedar Ramadan menjelma lagi..kejap je rasa kan..rasanya baru je menyambut hari raya tahun lepas...Baju raya yang ada dalam almari pakaian tu pun masih elok lagi..itulah DEMI MASA...kepada Muslimin dan Muslimat Selamat Menyambut Ramadan 1430h. Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik daripada tahun2 yang lepas..InsyaAllah..

Tahun ni starting puasa jatuh apda hujung minggu..so rasanya ramai antara kita yang mengambil peluang ini untuk menyambut ramada bersama keluarga di kampung. Termasuklah saya..Walaupun kejap je dapat balik..tapi Alhamdulillah..dapat juga berbuka dengan keluarga dikampung...bestnyer...

So biasalah...kalau puasa ni kena bangun sahur..mula2 mesti la exited nak bersahur kan..Maybe untuk budak2 tu susahlah sikit nak bangun sahur..al maklumlah malas nak bangun tido..Dan yang paling best yang takda dalam bulan2 lain yang sinonim dengan bulan puasa ni..Bazar Ramadan!! Nah...ini syurga membeli belah untuk makanan bila nak berbuka puasa nanti.

Tapi ingat..kalau nak beli tu jangan berlebih2 pulak...tak baik membazir..selalunya nafsu makan tu yang megaburi kita nak beli apa yang patut untuk berbuka puasa nanti..jadi..rancanglah pembelian anda untuk mengelakkan pembaziran..

Ni ha diselitkan sedikit keadaan di tempat saya semasa berada di Bazar Ramadan



Orang ramai yang sibuk membeli belah..



Ni ha makanan favourite saya..murtabak..dalam banyak2 murtabak yang pernah dibeli, murtabak kat sini yang paling best dan sedap..pasal tu la orang ramai sanggup tunggu dan beratur panjang untuk dapatkan murtabak yang sedap ni..hihi..ni promosi takde komisyen punya tau..







Sebahagian pemandangan yang ada dalam "perjalanan" membeli belah..Lepas membeli makanan tu mesti semua orang ternanti2 time nak berbuka..dengan macam2 hidangan yang ada..perut pun dah lapar..tak sabar rasanya..




Makan buah kurma dulu..sunnah tu..



NI ha..makanan feveret...mesti makan ni dulu kalau berbuka di kampung..bubur kanji..sedap!!
NI je menu berbuka...tapi kenyang giler..


Si kecik ni pun sibuk nak berbuka puasa jugak...tengok le ayam kat tangan die tu...


Lepas makan jangan lupe solat!!

Oklah sampai bertemu kembali...