Wednesday, July 1, 2009

PROGRAM HARI BERSAMA PELANGGAN

30 Jun 2009 hari bersama pelanggan diadakan untuk Daerah Manjung. Pejabat Daerah Manjung yang menjadi penganjur. Sebanyak 47 agensi kerajaan dan swasta didalam daerah Manjung difahamkan terlibat dalam program ini. Program ini diadakan di dua lokasi berbeza di dalam Daerah Manjung yang mana ia melibatkan kawasan DUN Pengkalan Bharu dan DUN Pasir Panjang. Di kawasan DUN Pengkalan Bharu tempat diadakan program ini dibuat di Arena Square pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya program ini berlangsung di Pusat Latihan Pertanian Bt.9 Lekir.

Dari pengamatan saya, kedua-dua kawasan ini adalah kawasan yang mana pihak BN/UMNO kurang mendapat sokongan rakyat. Pilihanraya UMUM yang lalu calon UMNO iaitu Dato Hamdi menang cuma 14 undi majoriti di Pengkalan Bharu!! (Aduhai..14 undi je!) Rasa saya itulah majoriti undi yang paling sedikit yang dimenangi dalam pilihanraya yang lepas tetapi tidak dikhabarkan di dalam TV. Di Lekir pula, DUN Pasir Panjang BN kalah teruk dan keputusan pilihanraya dimenangi oleh Ir. Mohd Nizar (sekarang dah datuk).

Dua program yang sama berlangsung dalam 1 hari dibuat di berlainan kawasan. Hebat tu!! Saya tak bermaksud hebat kepada orang yang menganjurkan program ini, tetapi hebat kepada petugas-petugas terutama mereka dari agensi kerajaan yang berpenat lelah dan bertungkus lumus membuat persiapan seperti pameran dan kaunter khidmat pelanggan yang perlu diadakan untuk menjayakan program ini. Petugas-petugas terpaksa berkejar ke Pangkalan Bharu seawal 7 pagi untuk persiapan program.Kemudian sekitar jam 1 tenghari pula terpaksa berkemas untuk bergegas ke Bt.9 Lekir kerana program bermula 2.30 petang. Jarak antara Pengkalan Bharu-BT.9 Lekir sekitar 70KM. Ada pemandu yang perlu mengejar masa untuk sampai dari Pengkalan Bharu-Bt.9 Lekir hanya 30 minit!! Bahaya betul..

Untuk makluman saya tidak berada di Pengkalan Bharu semasa program disana dijalankan kerana ada urusan rasmi di pejabat yang perlu diselesaikan. Tetapi pada sebelah pagi saya sempat menjenguk ke tapak program. Sebelah petangnya baru saya ke Pusat Latihan Pertanian Bt.9 Lekir untuk menghadiri program tersebut.


Nota:- antara khemah yang terdapat pada hari program di awal pagi sebelum program bermula.


Program bermula sekitar jam 2.30 petang dengan ketibaan orang ramai dan para jemputan. Setibanya saya di sana, persiapan untuk program boleh dikatakan cukup seadanya. MB Zambry juga sudah berada di sana. Program tersebut dilancarkan bersebelahan tapak pameran iaitu di dalam dewan serbaguna. Walaupun kelihatan ramai orang yang hadir, melalui pengamatan saya, majoriti yang hadir terdiri dari kakitangan kerajaan dari agensi-agensi yang terlibat dalam pameran sahaja dan juga orang-orang kuat BN UMNO tu sendiri.

Kejap takda...


Kejap ada...

Kehadiran didalam dan diluar dewan untuk lebih kurang 400 orang secara kasar. Tapi yang menjadi persoalan saya program ini diadakan untuk rakyat. Tetapi respon daripada rakyat adalah kurang. Orang kampung yang berhampiran ada jugak yang datang. Namun sekadar berapa kerat je..aduhai..sedihnye...boleh dibilang dengan jari.

Entahlah, mana silapnya?

Berbalik pasal program ini. Semasa sesi dialog dijalankan bermacam-macam persoalan dan masalah termasuklah permintaan diajukan. Tuan Pegawai Daerah Manjung yang menjadi pengerusi majlis pada ketika itu. Yang sempat saya rekod ada macam-macam juga iaitu pasal rumah PPRT, bantuan subsidi, kenderaan awak tak ada, kelas sains tak cukup, kadi tak cukup, U-Turn jalanraya tak ada, lampu jalan tak ada, paip air tak ada, elaun bilal tak cukup, lori muatan berat, hutan bakau kena tebang dan paling melucukan hati masalah munyit makan nasi dalam periuk di rumah orang kampung. Masalah tu berlaku di Kampung Teluk Changkat Keruing. Punya banyak sangat masalah sampai buatkan saya mengantuk kejap.

Semasa sesi soal jawab diadakan kebanyakannya orang yang tampil kemukakan persoalan terdiri dari orang Melayu, India ada sikit dan paling malang tiada satu pun wakil dari kaum Cina yang tampil untuk kemukakan persoalan. Keadaan ini perlu diselidik rapi...kalu tidak slogan 1 Malaysia nampak gagal...

Daripada pemerhatian saya, program yang dijalankan ini gagal mendapat sambutan sama. Tiada sambutan dari rakyat seperti yang dijangkakan. Mungkin juga disebabkan kurang promosi dan perancangan dibuat hanya dalam masa 2 minggu. Malah ada kakitangan kerajaan sendiri pun tidak tahu adanya program ini, apatah lagi masyarakat di kampung-kampung. Adakah ini satu lagi tanda kelemahan kerajaan BN/UMNO ataupun sebaliknya?...

0 comments:

Post a Comment