Monday, June 29, 2009

Operasi Pengemis Di Manjung, Perak

Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung dengan kerjasama pihak Polis, Majlis Perbandaran Manjung telah menjalankan satu operasi bagi menangani masalah pengemis dan peminta sedekah di pasar malam di Manjung berhampiran Giant. Operasi bermula dengan taklimat oleh Pen. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung pada jam 6.00 petang dan kemudian lawatan pertama mula dibuat ke tapak pasar malam. Semasa lawatan pertama dibuat tiada pengemis dan peminta sedekah kelihatan. Lawatan kedua dibuat pada jam 6.30 ptg tetapi pengemis masih juga tidak dijumpai. Akhir sekali kesemua yang terlibat membuat rondaan terakhir pada jam 8.00 mlm tetapi tiada hasil positif yang kami terima. Seperti apa yang dilakukan telah diketahui dan dapat dihidu oleh pihak tertentu. Kebiasaannya terdapat lebih dari 5 orang pengemis dan peminta sedekah menempatkan diri mereka di sekitar tapak pasar malam tersebut tetapi amat malang sekali ketika operasi dibuat tiada seorang pun yang kelihatan seolah2 tapak pasar malam tersebut bebas dari mereka-mereka yang mengambil kesempatan menagih simpati masyarakat setempat dan juga orang ramai yang mengunjungi pasar malam tersebut. Seperti ada "tonto" yang dapat mengetahui operasi kami. Misi gagal..

0 comments:

Post a Comment