Saturday, July 4, 2009

KASIHKAN MEREKA...




1 Julai 2009 di pejabat saya terdapat satu kes dimana seorang warga indonesia yang hamil 5 bulan bersama 2 orang anaknya yang masih kecil "terdampar" dan tak tahu kemana arah tuju. Puncanya apabila bapa dan ibu mertuanya yang mana merupakan penduduk tempatan telah menghalaunya keluar dari rumah. Suami kepada warga indonesia yang berumur 22 tahun ini telah ditangkap polis kerana terlibat dengan dadah. Sebelum ini mereka tinggal di Kuala Lumpur. Setelah ditangkap, si Indon ini tiada tempat untuk bergantung lalu pulang ke rumah mertuanya. Setelah tinggal selama hampir 2 minggu, bapa dan ibu mertuanya telah mengusir indon ini keluar dengan alasan tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan harian si indon ini dan juga 2 orang anaknya. Macamana perasaan bapa dan ibu mertua indon ni yer..yang sanggup menghalau mereka keluar dari rumah. Kalau tak pikirkan indon tu pun tak apalah, tapi budak dua orang tu yang masih kecil dan tahu apa-apa cucu diorang jugak. Tak berhati perut langsung.Ingat ayam atau kucing ke nak main halau-halau ni!!! Kucing pun orang kalau nak buang tengok tempat supaya tak nak biarkan kucing tu mati kebuluran. Inikan pulak manusia..aduhh...geram pulak rasanya bila mengenangkan nasib diorang ni yang kena halau. Geram kepada ibubapa mertua si Indon nilah..Penyudahnya kes ini terpaksa ditumpang semalam di rumah kebajikan dan pada esoknya kes ini dihantar pulang ke rumah ibubapa mertuanya. Dengan penjelasan dan budi bicara, si Indon yang sedang hamil 5 bulan ini dan juga 2 orang anaknya telah pulang semula ke rumah ibubapa mertuanya..yang saya kasihankan apabila mengenangkan 2 orang budak yang masih kecil yang berumur 1 dan 3 tahun yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa telah menjadi mangsa keadaan. Pendek kata, bukan senang berkahwin dengan warga asing, tetapi kalau dah jodoh...apa boleh buat...sabar ajelah..

0 comments:

Post a Comment