Wednesday, July 22, 2009

Gerhana matahari 22/7/2009


Saya berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku pada awal pagi 22 Julai 2009 . Berdasarkan maklumat dari ahli kaji falak waktu kemunculan gerhana matahari adalah seperti berikut:

Waktu sentuhan pertama : 8:29 AM

Waktu Puncak Gerhana: 9:07 AM

Waktu Tamat Gerhana : 9:48 AM

Hanya 17% matahari sahaja akan dilindungi Bulan kali ini. Namun begitu ia tetap sebuah fenomena yang cukup menarik untuk dilihat dan Alhamdulillah saya diberi peluang untuk melihat kejadian gerhana matahari ini.

Sebenarnya kita sebagai manusia perlu berfikir tentang kejadian alam yang berlaku disekeliling kita. Untuk apa ia dijadikan? Mengapa ia dijadikan? dan soalan paling penting yang perlu ada dalam setiap orang Siapa yang menjadikan?

Kekadang dalam kesibukan kita seharian dalam menguruskan hal2 dunia, kita terlupa siapa diri kita di atas muka bumi ini? dan untuk apa kita diciptakan. ? Mungkin soalan ini amat jarang ada dalam kepala otak kita sehinggalah persoalan itu terkeluar sendiri dan sudah semestinya bila persoalan itu terkeluar,kita tersedar dari lamunan.

Apa yang pasti soalan2 duniawi sudah semestinya hari-hari ada dalam pemikiran kita. Bila nak dapat gaji? Pukul berapa nak balik? Bila bos nak keluar ni? Kat mana nak pergi minum? Siapa menang bola semalam? Where is my pen? How do you do my dear? dan macam2 lagi lah..

Walaubagaimana pun seandainya kita masih juga tidak mampu untuk mewujudkan kesedaran dalam diri , masih ada satu lagi cara yang mampu untuk kita refreshkan diri. Ingatlah kepada MATI. Cukup bersediakah kita untuk menghadapi mati. Cukupkah bekalan kita untuk dibawa "kesana"...


0 comments:

Post a Comment