Wednesday, July 15, 2009

Transformers bersama keluarga!!



Baru lepas balik tengok Transformers: Revenge of The Fallen, utk filem ini saya boleh bagi 4 bintang! dari lima..2 jam setengah panjang cerita ini. Memang bagus!, tak rugi duit tiket pergi tengok movie ni. Puas duduk atas kerusi dan aircond dalam panggung tu. Berbanding tengok cerita Jangan Pandang Belakang Congkak. Buang masa dan duit je rasanya pergi tengok cerita tu. Dah le sejam setengah je panjang cerita, lepas tu cerita tu pada sayalah, orang lain tak tahu lah pulak. Cerita tu boleh bagi 1 bintang je. Aduh, jalan cerita tu maybe tak sesuai untuk saya. Tak boleh "masuk" sangat. Tapi ada jugak le lawak2 yang berhasil yang membuatkan saya tersenyum sekali sepanjang 1 jam setengah.

Transformers!! waduh..memang hebat!! Tak sempat otak ni nak rasa boring dengan jalan cerita dia. Banyak aksi! Grafik ok ditambah lagi dengan boom! Boom! Boom!! Walupun berdentum bunyi dalam wayang tu, anak saya tetap tidur lena....dan saya dapat menonton wayang dengan aman..hihi

p/s tengok gambar atas tu, siap bawak bantal lagi.!

0 comments:

Post a Comment