Thursday, July 23, 2009

CSI: MANJUNG, PERAK part 2

maaf pasal dah lama tak update blog ni...hmm.."demi masa"..

Bertemu kembali dalam siri siasatan CSI Manjung..Kali ini kes lain pulak. Masa part 1 citer pasal umah kena pecah, ni opis sendiri pulak yang kena pecah. Alahai opis aku..kejadian berlaku pada 22 julai 2009 yang lepas



Keadaan masa nak masuk opis pada awal 8 pagi macam biasa, tak ada yang menarik. Ada muka boring, ada muka ceria dan ada juga muka lawak. Dalam keriuhan pagi mendengar kicau pot-pet pot pet semua staf yang berkumpul kat tingkat bawah, sorang staf ni datang bagitau CC, "CC almari tak kunci ke semalam? Barang semua bersepah..? Jeng jeng jeng...disitulah bermula episod kita kali ini.

Almari yang dimaksudkan tu ada kat tingkat atas. Dalam almari tu macam astro jugak, macam-macam ada!! Kebanyakan barang-barang opis seperti kamera digital, kad touch n go, dan seangkatan dengannya. Saya tak ambik port sgt apa yg ada dalam tu sampailah pagi tadi terpaksa beri perhatian apa yang ada dalam almari tu pasal nak tau apa benda yang hilang.

Suasana jadi bertambah "meriah" Banyak kepohter mula beraksi disana sini. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata keadaan yang berlaku, tapi kalau nak gambarkan jugak boleh rujuk dalam filem p.ramlee bujang seniman bujang lapok. Babak masa rumah diorang terbakar tu. Kecoh macam tu jugak la time kepohter buat liputan.


7.55pg..kesan pecah yang ketara kelihatan

Semasa gambar diambil laporan polis masih belum dibuat. Almari ini berada di tingkat atas pejabat. Tinjaun seterusnya mula dibuat di sekitar pejabat dan inilah hasilnya:-

Kesan pecah pada pintu bilik bos

Laci kerani kewangan ..takde ape hilang





Tingkap tandas yang tak bertutup menjadi tempat pencuri tu masuk...



Polis sampai jam 9.00 pg membuat pemeriksaan



kesan tapak kaki pada dinding belakang opis..


kat sinilah penyamun tarbus tu panjat dan pecah masuk

"kepohter" mula beraksi disana sini...


dan lagi aksi2 "kepohter" yang kelihatan...(bos yg pakai baju kelabu-kiri gambar)..yang depan baju purple tu kiteorang punyer CC sibuk memberi penerangan pada pak polisi..



antara mereka yang sibuk meninjau apa yg berlaku..


polis siap bawak machine gun tu!! jaga-jaga!!


antara laci yang kena pecah..



ini dia lubang pada syiling yang dipercayai tempat penyamun tu lari keluar...



kesan tapak kasut saiz 6 kelihatan pada kerusi..yang ini berlaku dalam bilik bos...penyamun tu dipercayai panjat naik ke syiling yang telah dipecah menggunakan kerusi yang ada dalam bilik bos..dalam tafsiran mendapati tapak kasut tu mungkin tapak dari selipara yang dipakai oleh penyamun...


pihak bahagian siasatan jenayah sedang melakukan kerja-kerja mengesan cap jari penyamun..

Dalam kejadian ini takda sangat barang yang "besar2" yang hilang...yang hilang cuma kamera digital 2 bijik yang disimpan dalam laci tu..yang peliknye projector yang ada dalam laci tu takde pulak penyamun tu ambik...buduh betul...penyamun tu tak tahu kut harga projector tu berapa...dia biar je projector tu atas lantai...

daripada cakap2 pak polisi setelah siasatan dilakukan penyamun tarbus tu guna sarung tangan ketika melakukan kerja-kerja jahatnya tu..jadi takde la kesan cap jari...gagal la misi nak mengesan suspek..tapi yang sedihnya pak polisi tak mahu menyemak kesan cap jari pada bahagian belakang pejabat yang ada kesan2 kena panjat tu..diorang beranggapan penyamun tu pakai jugak sarung tangan ketika panjat didding tu...hhmmmmm...

suspek pulak dipercayai dari kalangan pencuri2 kampung yang buat kerja mencuri tu tak pakai otak..nak mencuri tak tak tahu apa benda nak dicuri dan juga cara suspek masuk pun cara yang tak profesional...hmm...caman yg masuk cara profesional tu agaknya...

sampai bertemu kembali dalam sesi CSI akan datang...sekian..

1 comments:

Mouren said...

Yeah...very interesting! Wonder what is the next case?...ekekekekke!

Post a Comment