Monday, December 27, 2010

CINTA KRISTAL....

Cinta Kristal

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu,
Kasih biar aku ilhamkan akan kesucian
kasih dan cintamu terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang...bawaku pulang..bawaku pulang....


Ini adalah lagu yg aku suke time ni..maybe pengaruh cerita hantu mak limah balik rumah...anyway citer tu tak sempat lagi tengok..adeiih...diorg cakap best giler citer tu. tgok dalam preview pun mmg lawak tahap gaban punye. Tak ble jadi ni. weekend ni nak kene pi tgok jgk sempena new year. Tp aku membesar dgn lagu ni jgk dulu. jadi no wonder la mmg aku suka lagu ni. Rahim Maarof? mana dia sekarang ek..salah seorang penyanyi yang hensem yang aku suke dan tak makan tua macam Amy Search.

Cuba hayati lirik lagu ini betul2, apa yang anda fahamkan berkenaan Cinta Kristal ni? Penulis lirik lagu ni ialah Bob Lokman dan pencipta lagu M. Nasir. No wonder la jugak lagu ni sampai sekarang evergreen. Tak tahulah pulak budak2 zaman sekarang yang sebaya dengan aku waktu lagu ni mula2 kuar suka ke tak dengan lagu ni.

Dalam sejarah Islam, batu yang paling tekenal adalah batu yang disebut Hajar Aswad sepertimana yang kita sedia maklum batu ini ada di Kaabah pada masa sekarang. Dikatakan sejarah awal batu ini pada asalnya berwarna putih bersih dan dek kerana dosa-dosa manusia di atas muka bumi ini ianya bertukar warna menjadi hitam. Dipercayai didalamnya masih berwarna putih berkilau.

Kristal adalah ciptaan Tuhan yang cantik dengan gabungan warna dan bentuk.Kristal mempunyai gabungan tenaga yang unik yang membolehkan kita (dengan izin Allah) merawat dan menseimbangkan diri kita. Masih ingtakan anda semasa satu ketika dulu heboh diperkatakan berkenaan gelang kristal. Sibuk sana sini orang mencari dan membeli gelang kristal dengan berpendapatan yang gelang kristal ni dapat menyembuhkan macam2 jenis masalah kesihatan.

Tapi harus diingat!!! Amaran ni....jangan sekali2 kita beriktikad kerana gelang kristal menyebabkan masalah kesihatan kita hilang apabila kita memakainya.!!! Bukan kerana gelang ya!!! kerana izin Allah dan gelang tu hanyalah asbabnya sahaja!!!. Apabila beriktikad camtu kita boleh rosak akidah.

Dari segi teori, tenaga kristal ini sangat kuat dan potonsinya untuk menyembuhkan penyakit adalah sangat tinggi. (dgn Izin Allah..) Tenaga yang terhasil adalah disebabkan hasil gabungan fizikal dan metafizikal yang terdapat dalam batu kristal tersebut semasa pembentukannya yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk menerima tenaga yang terpancar dari bumi.

Kristal mempunyai gridnya yang tersendiri. Hasil pancaran aura pada grid kristal akan menghasilkan aura yang dapat menseimbangkan aura yang ada pada tubuh manusia. Pendek kata macam kita belajar sains zaman sekolah dulu bagaimana prisma memecahkan cahaya matahari kepada tujuh warna. Begitulah contoh yang dibuat pada batu kristal ini untuk menstabilkan aura dalam tubuh manusia.

Cinta Kristal??? hmmmm...susah nak merungkaikan maksud yang tersirat dalam lirik lagu ini. Cinta palsu? sebabnya ada lagi batu yang lebih hebat dari kristal, batu permata @ berlian...hihihi.. hanya bob lokman yang tahu apa yang dimaksudkan cinta kristal tu sendiri. Tapi tak tahulah bob lokman tahu ke tak pasal ape, semasa dia menulis lirik lagu Isabella yang boleh dikatakan satu malaysia tahu lagu tu, Bob Lokman sendiri pun tak tahu sapa Isabella tu sebenarnya dan ianya adalah Ilham yang datang kepadanya secara tiba2 dan seterusnya dijadikan lirik lagu...apa2 pun ilham itu datang dari Yang Maha Mengetahui......

0 comments:

Post a Comment