Thursday, December 2, 2010

Buat baik kepada ibubapa..

Lama sudah tidak menguruskan blog DEMI MASA ni..mmg masa lebih tajam dari sebilah pedang..so sebagai aturcara majlis bg menghidupkan kembali blog yang dah lama tak uruskan ini. this is my story...

Hadith dari Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.

Israa [23] Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka nanti berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik mereka. Dalam sebuah hadith disebut: ”Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu“.

Syurga di bawah tapak kaki ibu
Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya:
“Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata:
“Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?”
Nabi saw menjawab: “Ibu kamu.”
Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab: “Ibu kamu.”
Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Ibu kamu.”
Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: “Bapa kamu.”
Dalam hadith ini menunjukkan keutamaan berkhidmat kepada ibu 3 kali ganda melebihi khidmat kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.
Jangan kamu benci kepada bapamu.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Nabi s.a.w. bersabda; “Jangan kamu benci kepada bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, kebencian itu bererti kekafiran (kufur nikmat) Kufur nikmat dalam hadith ini bermaksud tidak mengenang jasa ibubapa yang membelanya sejak dari kecil.

Anyway, bapa saya telah meninggal dunia...al-fatihah...semoga Allah menempatkan roh bapaku disisi orang-orang yang beriman..amin.

0 comments:

Post a Comment