Thursday, March 17, 2011

Its Me....

" Dear god, i don't deserve to be in your heavens.. though, i'm not willing to face hellfire.. please forgive all my sins and accept my repentance.. as you are the forgiver of big sins.. my sins are like sands scattered along the beach.. with your power, please forgive me, my lord.. oh god, please safe us all, from all the wrongdoings and disasters.. we are afraid, we really rely on you.. strengthen our love towards you.. we are your servants who rely on your mercy.. like! sds"

Kadang-kadang bila sendirian ada waktunya kita rasa bahagia. Tetapi ada kala juga bila bersendiri ada juga rasa kecewa kerana tiada teman berbicara. Walau apa pun di kala tiada siapa yang mampu mendengar dan mampu memahami kita kita masih mempunyai Allah untuk meluahkan segalanya. Itulah yang terbaik dan kebanyakan daripada kita hampir lupa untuk membuat begitu. Ketenangan pasti dirasai.

Tsunami di Jepun yang berlaku perlu dijadikan iktibar. Sesuatu yang berlaku ada kuasa penyebabnya. Dan yang pasti apa yang berlaku datangnya dari Allah. Dia yang berkuasa menjadikan sesuatu. Bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah kerana kerosakan yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Dan itu dijadikan titik tolak bagi kita untuk muhasabahkan diri tentang apa yang berlaku di Jepun. Mungkin ramai antara kita masih menganggap apa yang berlaku hanya sekadar bencana. Cuba renungkan apa yang terjadi pada kita sekiranya bencana yang berlaku terjadi di Malaysia.

Pemimpin2 sibuk mencari kuasa. Mengekalkan kuasa. Menabur janji bagaimana nak mengekalkan kuasa. Hmmm..malas nak pikir hal diorang tu...cuma nak mengajak kepada kawan2 dan sekaliannya supaya kembali mengingatkan Allah supaya kita tidak tergolong didalam golongan org2 yang lupa diri dan hanya mengejar dunia.....Wallahualam...


0 comments:

Post a Comment