Friday, July 8, 2011

Terima Kasih

rUngkapan yang kadang-kadang kite lupa nk cakap bila ada sesuatu pemberian yang diberikan kepada kita. Berterima kasih tu bersyukur..syukur tu tanda kita mengingati tuhan. Kadang-kadang kebanyakan orang yang ada mampu bersabar tetapi tidak ramai orang yang sabar mampu berterima kasih...sedar atau tidak...

Dunia sekarang ini serba canggih, Kadang-kadang susah nak imbangkan keadaan kehidupan harian yang kita lalui dengan keadaan perkembangan dunia yang ada disekeliling kita sekarang ni. Maisng-masing berlumba-lumba untuk memnuhi impan dan cita-cita. Tetapi adakah kita sedar dalam menjalani kehidupan harian kita sekarang ni kita terlupa untuk berterima kasih terhadap segla nikmat yang Allah kurniakan. Dalam banyak2 nikmat nikmat kesihatan yang paling berharga. Tak sihat nak buat pe pun tak ble..mcm ayat popular kumpulan Jambu Maharaja Lawak...Apa pun tak ble.!!! Apa pun tak ble!!!

Bergembiralah kepada mereka-mereka yang beramal soleh dan mendekatkan diri dengan Allah kerana masa yang berlalu bagi mereka banyak dihabiskan dengan jalan yang lebih baik daripada jalan yang banyak melalaikan kita dari mengingati Allah. Kadang-kadang kita ada terpikir kemana hala tuju hidup kita, apa yang perlu kita buat supaya hidup ini lebih bermakna. Semua ni simple je jalan penyelesaiannya. Berterima kasih @ bersyukur. Kalau diri kita ni mampu bersyukur...menunjukkan diri kita tak lupakan Allah...Allah akan menginati hambanya di saat semua orang tidak mengingati diri ini....

Sekadar renungan teman bicara sebelum melelapkan mata sebagai tanda berterima kash dengan apa yang ada....Syukur Alhamdulillah..mudahan kita semua diberi rahmat..amin

0 comments:

Post a Comment