Sunday, June 28, 2009

Michael Jackson@ Mikhaeel Jackson funeral!!


Terima kasih info dari Idhamlim.blogspot.com yang memberi maklumat mengenai status agama Michael Jackson. Menurut Idham dalam blognya, abang si Michael ni atau nama Islamnya Mikhaeel Jackson (Mikail = malaikat memberi rezeki) akan mengkebumikan Michael secara Islam. Kesahihannya masih tidak seratus peratus..hmm..jadi tanda tanya kan kepada kita semua. Menarik dan sensetif jugak isu ini. Tetapi kebenaran dan kesahihannya masih tidak diketahui. "we will see" said one of my fren...Berita mengenai kematian Michael menggemparkan dunia sehinggakan di Philipines, sebuah penjara disana memberi kebenaran kepada semua banduan-banduan untuk memperingati hari kematian Michael, siap buat persembahan tarian seperti dalam video klip Thriller. Selepas ini akan ramai pula peminat-peminat Michael Jackson akan pergi pula ke pusaranya untuk memberi penghormatan. Berkaitan isu ini, saya terpikir, berkenaan isu menziarah kubur. Alhamdulillah, saya berkesempatan menziarah ke pusara arwah bapa saya di Taiping pada hari raya yang lepas. Sebenarnya, menziarah kubur ni bagus. Dia mengingatkan kita kepada mati dan seketika kita lupa akan nikmat dan cita-cita kita di dunia ini. Hajat saya, jika ada rezeki saya akan membawa anak saya menziarahi ke pusara ayahda. (teringat masa zaman sekolah dulu ada sajak famous yang bertajuk "ke pusara bonda") Bawa anak ziarah kubur ibubapa kita ni untuk didik diorang supaya nanti bila kita dah meninggal dunia, diorang pula yang ziarah kubur kita. Betul tak?

p/s pic tu super impose jer

0 comments:

Post a Comment