Monday, November 30, 2009

MINGGU YANG BZZZ GILER....

Bertemu kembali setelah sekian lama...adei..lama dah tk update blog..sampai nk log-in pun tercari2 mana nak sign-in..aduii....sejak balik dari IJN tak berkesempatan langsung nk update blog....sekarang ni SI Aqil dah kembalik sihat macam biasa..dan aktif macam tkde apa2 sakit...susah nk tengok dia duduk dia sekarang ni kecuali time tidur je...

Masa berlalu cepat betul..dah November...sebulan lagi nk masuk tahun baru. Dari lepas balik IJN macam2 jugak le peristiwa yang berlaku. Tapi yang tak bestnyer tak sempat nk update dalam blog. Keciannya...oklah..meh sini nk letak serba sikit aktiviti dan peristiwa yang telah berlangsung...

1. Terlibat sebagai Urusetia Persiapan dalam Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Jabatan yang diadakan di UITM Sri Iskandar Perak dari 19hb November hingga 25 November 2009. Seramai lebih kurang 800 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menyertai pertandingan ini. Perasmian majlis dibuat di rumah MB perak pada 21hb November 8.00mlm, dan majlis penutup dibuat di Dewan Banquet banguna SUK Perak pada 24 November 2009.

2. Masa yang sama...di dalam Daerah Manjung, kawasan Padang Serai dan Pekan Pantai Remis telah berlaku bencana banjir. 2 pusay pemindahan telah dibuka melibatkan kawasan Taman Bintang Pantai Remis. Sejumlah 30 keluarga telah dipindahkan ke Dewan Taman Bintang dan pusat pemindahan tersebut telah ditutup pada 19/11/2009.
Bagi kawasan Padang Serai pula sejumlah 134 orang daru 32 keluarga telahg dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Padang Serai. Pusat pemindahan ini telah dibuka pada 16/11/2009 dan ditutup pada 24/11/2009. Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan semasa kejadian ini berlaku sepanjang tempoh 2 minggu.

Semasa kejadian tersebut saya telah bertugas di tempat banjir seawal 8.00 mlm hingga 3 pagi. Segala keperluan asas perlu disediakan oleh jabatan seperti tikar, selimut, barang makanan asas. Pasal tu la sibuk bangat. Ini disebabkan kekurangan kakitangan di pejabat yang dapat bertugas.
3. Pada 22 hb November pula ada plak Menteri Kewangan ke 2 turun padang melawat mangsa banjir...aduhh...dari ITM perak terpaksa turun ke tempat banjir...pasalnya takda jugak kakitangan nak hadir majlis tu..Bos pula sibuk dgn persiapan majlis di ITM Perak. Then 2nd bos la kena ganti..lepas tu boleh pulak 2nd bos ni tak dapat dapat....dang!!! dang!!!..nak tak nak saya lah kena ganti...giler...dah le ada RTM buat liputan berita...mujur la dalam majlis tu tak disuruhnya berucap...kalau tk...aduii..tak tahu la apa yg nk diucapkan...suruh karaoke boleh la..menyanyi lagu banjir (lagu harun salim bachik..)
Dalam majlis lawatan menteri tu semua mangsa banjir yang terdiri dari 64 keluarga diberi sumbangan wang ihsan untuk meringankan beban..jumlah duit? tak tahu...hanya mangsa yang tahu...

4. Semasa berada di ITM perak, boleh pulak pasukan Audit Negara datang nak audit fail2 di pejabat..fail saya pun kena jugak..!! aduii....satu lagi masalah problem..Audit Negara tuuuu!!! kantoi karang habisla...Nak tak nak lepas majlis di ITM perak tu selesai terus balik opis cari fail2 yang terlibat yang diorg nk audit..kena kasi update...

5. Raya Haji!!!!.. hmmm..raya haji ni dalam masyakat kita sekarang ni tak berapa meriah..kecuali di Negeri Kelantan dan Terengganu je...kat sini raya haji ni kurang meriah..Mungkin disebabkan org sibuk nk buat persiapan korban dan buat kenduri..tapi..balik kampung...tetap balik kampung...bestnye balik kampung...dah le tgh musim buah durian..tapi bahaya jgk kalau makan tak kontrol..durian...daging...kalau makan byk2 ble mendatangkan mudarat...Ingat..makan sekadar lapik perut je..

6. Sempat jugak ke kenduri member sekolah...member baik tu..masa saya kawen dulu dia yg jadi driver hantar ke rumah pengantin perempuan...akad nikah pun dia bawak jugak...Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Hishamudin @ Cikgu Sham...semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki..masa kenduri tu sempat la jgk jumpa dgn member2 satu sekolah...hmm..ada lagi yg masih bujang...tunggu je la kenduri diorg..tah bile entah..

Itu je yg dapat disimpulakn...byk nak cerita ni..tapi kehaditan audit ni menyebabkan tk cukup masa dan tak tenang nk bercerita lebih panjang..



0 comments:

Post a Comment