Friday, October 9, 2009

Perkembangan Aqil

Harini dah seminggu berada di IJN. Rasa lambat betul masa berdetik. Aqil yg sebelum ni dalam wad p.i.c.u dah keluar ptg semalam dari sana dan kini mendapat rawatan di M.I.C.U pulak. (medical i.c.u.)
Ptg semalam waktu melawat aqil kelihatan masih lemah. Tetapi keadaan kesihatan dan perkembangn jantung dan paru2 baik sekali. Cuma masalah aqil sekarang terdapat byk kahak di bahagian kerongkong dan perlu disedut jika terlalu byk. Antibiotik juga diberi.

Susu dah boleh minum tapi menggunakan tiub dari hidung. Dileher kanan dipasangkan jarum utk laluan antibiotik yg mahu dimasukkan ke dalam badan.

Menurut jururawat yg menjaga aqil sekarang, semasa di p.i.c.u aqil susah utk dikawal kerana aqil agresif. Dan suara tangisannya yg paling kuat dalam wad p.i.c.u tu..

Petang semalam setelah seharian berjaga baru dia tidur selepas tgok ayah dan umminya dtg
Melawat..kami meninggalkan aqil semalam di bilik m.i.c.u tepat jam 6ptg,setelah aqil tido..

0 comments:

Post a Comment