Monday, August 24, 2009

PUASA RAMADAN 1430h

Sedar tak sedar Ramadan menjelma lagi..kejap je rasa kan..rasanya baru je menyambut hari raya tahun lepas...Baju raya yang ada dalam almari pakaian tu pun masih elok lagi..itulah DEMI MASA...kepada Muslimin dan Muslimat Selamat Menyambut Ramadan 1430h. Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik daripada tahun2 yang lepas..InsyaAllah..

Tahun ni starting puasa jatuh apda hujung minggu..so rasanya ramai antara kita yang mengambil peluang ini untuk menyambut ramada bersama keluarga di kampung. Termasuklah saya..Walaupun kejap je dapat balik..tapi Alhamdulillah..dapat juga berbuka dengan keluarga dikampung...bestnyer...

So biasalah...kalau puasa ni kena bangun sahur..mula2 mesti la exited nak bersahur kan..Maybe untuk budak2 tu susahlah sikit nak bangun sahur..al maklumlah malas nak bangun tido..Dan yang paling best yang takda dalam bulan2 lain yang sinonim dengan bulan puasa ni..Bazar Ramadan!! Nah...ini syurga membeli belah untuk makanan bila nak berbuka puasa nanti.

Tapi ingat..kalau nak beli tu jangan berlebih2 pulak...tak baik membazir..selalunya nafsu makan tu yang megaburi kita nak beli apa yang patut untuk berbuka puasa nanti..jadi..rancanglah pembelian anda untuk mengelakkan pembaziran..

Ni ha diselitkan sedikit keadaan di tempat saya semasa berada di Bazar Ramadan



Orang ramai yang sibuk membeli belah..



Ni ha makanan favourite saya..murtabak..dalam banyak2 murtabak yang pernah dibeli, murtabak kat sini yang paling best dan sedap..pasal tu la orang ramai sanggup tunggu dan beratur panjang untuk dapatkan murtabak yang sedap ni..hihi..ni promosi takde komisyen punya tau..







Sebahagian pemandangan yang ada dalam "perjalanan" membeli belah..Lepas membeli makanan tu mesti semua orang ternanti2 time nak berbuka..dengan macam2 hidangan yang ada..perut pun dah lapar..tak sabar rasanya..




Makan buah kurma dulu..sunnah tu..



NI ha..makanan feveret...mesti makan ni dulu kalau berbuka di kampung..bubur kanji..sedap!!
NI je menu berbuka...tapi kenyang giler..


Si kecik ni pun sibuk nak berbuka puasa jugak...tengok le ayam kat tangan die tu...


Lepas makan jangan lupe solat!!

Oklah sampai bertemu kembali...

4 comments:

Mouren said...

Selamat Berpuasa....and kirim salam to c Kecik tu. Comel nya...makan ayam without a shirt on it! Heheheehe...

ARJUNA LESTARI said...

TQ Mauve!!..i wil tel him later...hihhi..his father pun suka without shirt jugak..ahaks!

Mouren said...

Adoiiiii...like father like son...!

ARJUNA LESTARI said...

ya loh!! Son of the gun!!

Post a Comment