Friday, October 7, 2011

Di sini kasih pernah berbunga tiada harum tiada warna. Di sini cinta pernah membara tanpa bahang dan tanpa apinya. Beginilah yang aku rasa hidup kita berdua. Umpama sinaran bulan yang menyerikan bitang-bintang dan fajar yang menerbitkan pagi lalu embun menyirami dan menyegarkan pepohonan.

Di sini juga langit mendung selalu dan cahaya menyinariku namun aku tiada berdaya mengikut kata hati tanpa bicara yang dapat diluahkan di sini.

Hubungan ini hanyalah suatu persinggahan dan bukan pengabadian yang rela dan pemergianku di sini oleh kerana terpaksa demi suatu kehidupan yang lebih sempurna.

Sekiranya aku tiada dis ini, anggaplah kehadiranku di sini hanyalah satu persinggahan di ruang kecil ini. Aku juga tidak menjanjikan sebuah mahligai impian sebagaimana yang kau harapkan namun kehadiranku diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita.

Keihkhlasan, kerinduan dan kasih sayang menjadi sandaran walaupun iainya tidak nampak tetapi diharapkan apa yang diberikan dapat menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan ini.

Biarlahkita jauh dari pandangan dan hanya masa menjadi saksi. Daripada dekat dimata tetapi penuh siksa dihati. Biarlah berduka biar melara dari sengketa sepanjang masa. Sesiapa yang tahu ertinya sepi pasti tahu bagaimana rasanya seperti pisau menghiris api. Sesiapa yang tahu ertinya rindu pasti tahu bagaimana rasanya tertusuk duri sembilu.....

Sekadar nukilan untuk tatapan.....

1 comments:

Mouren said...

(,")

Post a Comment