Friday, December 10, 2010

Senyumlah!!..

Hari yang memenatkan seharian di Ipoh untuk hadiri taklimat..bosannye taklimat Pemerdagangan Orang...Memang set pegi taklimat tu pun untuk relase tensen kerja2 di pejabat yang melampau2 banyaknye...tapi takpe..dalam filem labu labi pun dan ada cakap.."selagi tak tutup mata...kerja..kerja kerja.." so ape nak heran....

Perjalanan di awal pagi diiringin hujan lebat sepanjang jalan dari Manjung ke Ipoh. Kepada mereka2 yang tak alert kepada musim hujan ni nak habaq mai.."hey kawan2..musim tengkujuh dah tiba!!" jangan lupa bawak payung kemana2...sediakan payung sebelum hujan"....dan kepada yang menjemur kain di ampaian tu jgn lupa angkat kain pasalnya kedengaran kebelangan ni makcik2 ramai yang mengeluh sidai baju berlambak2 pasal tak kering2...

Ape yang aku merepek ni..huhhuhuhu...dalam perjalanan tertarik teman berkenaan satu slot di di Radio IKIM...motivasi pagi. Kepada mereka2 yang tak pernah dgr dan tak tahu ni nak buat promosi tak berbayar..tiap2 pagi jam 7.30pg ada slot motivasi di radio IKIM ok. Memang sesuai didengar sebelum kita mulakan kerja masa on the way nak pi keje tu..(kalau naik kete)

Kisah berkenaan Owner Syarikat Apple!! Sekarang ni dia dah jadi kaya raya!! tp kejayaannya bermula di belakang garaj rumah ibunya yang dijadikan tempat kerja sehingga dia berjaya membuka Syarikat Apple!!! Hebat!! berkat usaha tanpa jemu membuatkan dia berjaya..kegagalan tak membawa kekecewaan..kegagalan mengajar kita cara baru untuk mencapai kejayaan..jadi senyumlah!!!

0 comments:

Post a Comment