Tuesday, October 11, 2011

Andai ada di luar sana satu ruang sepi, pasti antara kita pernah merasainya. Andai ada di luar sana satu ruang benci, pasti kita juga pernah merasainya. Tidakkah pernah kau fikirkan bahawa sepi itu juga satu anugerah dari tuhan untuk kita? Mengapa kesepian itu sendiri mesti diletakkan ia ditempat yang tiada cahaya? Tidakkah terfikir bagaimana dengan adanya cahaya juga sepi itu masih ada?

Sepi itu sendiri indah. Tapi adakalanya sepi itu menyiksa jiwa perlukan teman bicara. Biarkan kita sendiri berbicara dengan diri dan hadirnya sepi mewujudkan ruang bicara itu sendiri. Biarkan sepi itu menyelami hati kerana hati itu penunjuk Ilahi. Kita tidak dapat mengetahuinya sendiri kecuali hadirnya sepi hidupkan hati.

Tiada yang lebih penting dari redhanya Allah kalau kita menginginkan Rahmatnya. Bersyukur dengan apa yang ada sekiranya tiada hanya ujian semata dan tandanya Allah mengasihi kita. Tiada yang lebih indah melainkan dengan Rahmatnya dan sepi itu sendiri adalah rahmat dari ilahi. Usah bersedih usah berduka kerana Allah masih menyayangi kita.

Untuk menikmati sinaran pagi yang indah, sudah pasti malam yabg sepi mesti dilalui. Mengapa perlu diri meresah jikalau keindahan pagi pasti menyinggah. Mulakan harimu dengan senyuman untuk padamkan segala kedukaan. Sekadar nukilan menjadi teman bicara semoga hati terubat duka.

Friday, October 7, 2011

Di sini kasih pernah berbunga tiada harum tiada warna. Di sini cinta pernah membara tanpa bahang dan tanpa apinya. Beginilah yang aku rasa hidup kita berdua. Umpama sinaran bulan yang menyerikan bitang-bintang dan fajar yang menerbitkan pagi lalu embun menyirami dan menyegarkan pepohonan.

Di sini juga langit mendung selalu dan cahaya menyinariku namun aku tiada berdaya mengikut kata hati tanpa bicara yang dapat diluahkan di sini.

Hubungan ini hanyalah suatu persinggahan dan bukan pengabadian yang rela dan pemergianku di sini oleh kerana terpaksa demi suatu kehidupan yang lebih sempurna.

Sekiranya aku tiada dis ini, anggaplah kehadiranku di sini hanyalah satu persinggahan di ruang kecil ini. Aku juga tidak menjanjikan sebuah mahligai impian sebagaimana yang kau harapkan namun kehadiranku diharapkan dapat memberikan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan kita.

Keihkhlasan, kerinduan dan kasih sayang menjadi sandaran walaupun iainya tidak nampak tetapi diharapkan apa yang diberikan dapat menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna dalam kehidupan ini.

Biarlahkita jauh dari pandangan dan hanya masa menjadi saksi. Daripada dekat dimata tetapi penuh siksa dihati. Biarlah berduka biar melara dari sengketa sepanjang masa. Sesiapa yang tahu ertinya sepi pasti tahu bagaimana rasanya seperti pisau menghiris api. Sesiapa yang tahu ertinya rindu pasti tahu bagaimana rasanya tertusuk duri sembilu.....

Sekadar nukilan untuk tatapan.....

Friday, September 23, 2011

Long time no see..

Dah lama tak berjumpa dan tak masuk blog sendiri..aduh...macam2 peristiwa dah dilalui...apa ble buat..Demi Masa...dah lama tak menulis something kat sini, dan hari jumaat yang mulia ni terpanggil aku nak share something kat sini....

Pagi tadi lagu Hetty Koes Endang tiba-tiba terlintas di fikiran!!! Entah pasal pe entah..sedangkan aku tak follow pun Hetty ni but aku senang dengan dia ni..kategori Legend jugak la die ni bagi aku...dan maybe kepada peminat2 karaoke kat luar tu jugak yang suka pilih lagu Hetty untuk dinyanyikan dan tak kurang juga ada yang memilih lagu Hetty dijadikan sebagai lagu pilihan untuk pertandingan!!..

Berjiwang pulak harini...adat manusia lah tu kan..ada suka, ada sedih, ada sayang, ada rindu....lagu Hetty ni try la korang layan coz ble membuatkan kita terbuai bersama kenangan kita yang lepas...teringat pulak ada satu pepatah omputih yang tak berapa pandai nak cakap yang berbunyi "People can forget what we have done but people will always remember how we make their feel..." kalau tak betul tu sory la, maklumla lulus SPM je...

Ini Lirik dia....untuk dengar lagu korang cari la sendiri....hehehe...



Tak Ingin Sendiri

Aku masih... seperti yang dulu
Menunggunmu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan ku berikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu... dambaan hatiku...

( korus )
Malam ini... tak ingin aku sendiri
Ku cari damai bersama bayanganmu...
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih... kau sayang...

Kepada mereka yang mengingati atau merindui seseorang aku dedicate this song utk u all....

p/s- Count Of Monte Cristo with Preetty Woman In Twilight..














































Monday, July 11, 2011

Hero....???

There's a hero if you look inside your heart you don't have to be afraid of what you are...There's an answer, If you reach into your sould and the sorrow that you knowm will melt away . And then a hero comes along with the strength to carry on and you cast your fears aside and you know you can survive... So when you feel like hope is gone look inside you and be strong... and you'll finally see the truth that a hero lies in you...

It's a long road when you face the world alone. No one reaches out a hand for you to hold, you can find love if you search within yourself...and the emptiness you felt will disappear...Lord knows dreams are hard to follow, but don't let anyone tear them away.

Hold on there will be tomorrow in time....

You'll find the way........


Who's ur hero??....

Friday, July 8, 2011

Terima Kasih

rUngkapan yang kadang-kadang kite lupa nk cakap bila ada sesuatu pemberian yang diberikan kepada kita. Berterima kasih tu bersyukur..syukur tu tanda kita mengingati tuhan. Kadang-kadang kebanyakan orang yang ada mampu bersabar tetapi tidak ramai orang yang sabar mampu berterima kasih...sedar atau tidak...

Dunia sekarang ini serba canggih, Kadang-kadang susah nak imbangkan keadaan kehidupan harian yang kita lalui dengan keadaan perkembangan dunia yang ada disekeliling kita sekarang ni. Maisng-masing berlumba-lumba untuk memnuhi impan dan cita-cita. Tetapi adakah kita sedar dalam menjalani kehidupan harian kita sekarang ni kita terlupa untuk berterima kasih terhadap segla nikmat yang Allah kurniakan. Dalam banyak2 nikmat nikmat kesihatan yang paling berharga. Tak sihat nak buat pe pun tak ble..mcm ayat popular kumpulan Jambu Maharaja Lawak...Apa pun tak ble.!!! Apa pun tak ble!!!

Bergembiralah kepada mereka-mereka yang beramal soleh dan mendekatkan diri dengan Allah kerana masa yang berlalu bagi mereka banyak dihabiskan dengan jalan yang lebih baik daripada jalan yang banyak melalaikan kita dari mengingati Allah. Kadang-kadang kita ada terpikir kemana hala tuju hidup kita, apa yang perlu kita buat supaya hidup ini lebih bermakna. Semua ni simple je jalan penyelesaiannya. Berterima kasih @ bersyukur. Kalau diri kita ni mampu bersyukur...menunjukkan diri kita tak lupakan Allah...Allah akan menginati hambanya di saat semua orang tidak mengingati diri ini....

Sekadar renungan teman bicara sebelum melelapkan mata sebagai tanda berterima kash dengan apa yang ada....Syukur Alhamdulillah..mudahan kita semua diberi rahmat..amin